Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.tang] | برهوتڠ

Definisi : meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Keluang keluwi terbang terlentang,
     Singgah sekejap di pokok sirih;
Putus duit boleh berhutang,
     Putus kasih susah nak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, dalam ayat di bawah: ... sudah terlambat bagi Safwan untuk menyesali semua yang pernah dilakukannya; berhutang! berhutang! berhutang! Pertanyaan saya, apakah kedudukan huruf 'b'selepas tanda seru itu huruf kecil ataupun huruf besar? Sebagai contoh: Berhutang! Berhutang! Bderhutang!? Seperti juga penggunaan tanda tanya Berhutang? Behutang? Berhutang? ataupun berhutang? berhutang? berhutang? sekian terima kasih.Huruf "B" dalam ayat yang diberikan perlu menggunakan huruf besar apabila memulakan ayat sama ada ditutup dengan tanda soal atau tanda seru.Tatabahasa17.09.2015
Manakah yang betul: berhutang kepada seseorang atau berhutang dengan seseorang?Frasa yang lebih tepat ialah "berhutang dengan seseorang".Tatabahasa08.12.2017
Salam, ayat yang manakah yang mempunyai struktur ayat yang lebih tepat? 1) Sabrina masih berhutang RM5.00 dengan Maisara. 2) Sabrina masih berhutang kepada Maisara RM5.00. 3) Sabrina masih berhutang Maisara RM5.00. Jika kesemuanya salah, sudi kiranya tuan/puan tolong betulkan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sabrina masih berhutang RM5.00 dengan Maisara.
Tatabahasa01.12.2014
tuan, saya berhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Adakah ayat ini betul, tuan?Ayat yang betul ialah Saya terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terhutang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa18.01.2012
Saya tak berhutang "pada"/ "kepada"/ "dengan" awak?Jawapan yang tepat ialah Saya tidak berhutang pada awak.Tatabahasa24.10.2017
sungguhpun gaji ali agak lumayan,namun perbelanjaan bulanannya tidak..........kerana dia banyak berhutang. . a.Berkecukupan atau mencukupiSungguhpun gaji ali agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak mencukupi kerana dia banyak berhutang.Tatabahasa19.05.2014
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Salam sejahtera, Bahasa itu terpelihara keaslianan dan ketulenannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. Jadi, siapa yang hendak menjaga keaslian bahasa kita melainkan masyarakat kita sendiri dan keturunan kita dapat menjadi bangga dan kagum dengan hasil nenek moyang mereka. serta pada pendapat saya istilah "ilmu hisab" dan "ilmu kira-kira" lebih bergaya dan menunjukkan keaslian bahasa Melayu. Siapa lagi hendak menggunakan istilah-istilah lama itu melainkan bahasa kita sendiri. Walaupun istilah-istilah itu lapuk sekurang-kurangnya keaslian bahasa kita dapat dikekalkan dan dijaga dengan baik melalui penggunaan istilah-istilah lapuk itu seseorang dapat mengenal bangsa dan budaya kita. Kita perlu ingat ean sedar bahawa bahasa Inggeris dan eropah adalah bahasa penjajah. Perlukah kita membesarkan bahasa mereka dengan meminjam istilah dan kosa kata mereka? itu tidak perlu, kerana bahasa kita kaya dengan istilah dan kosa kata. Kita boleh menciptakan istilah kita sendiri dan tidak perlu berhutang dengan meminjam istilah dan kosa kata bahasa lain. Ada baik jikalau kita dan masyarakat kita mengamalkan sikap yang sama seperti sikap pejuang bahasa Cina dan Thai. Bahasa-bahasa itu terpelihara keaslianannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka.Kami ambil maklum pandangan tuan. Kami juga bersetuju iltizam politik juga amat diharapkan dalam memberi makna kepada kesungguhan kita memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang telah diangkat dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sewajarnya mendapat tempat tersendiri dalam kalangan rakyat.Lain-lain15.11.2015

Kembali ke atas