Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (menganggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ka.wan] | برکاون

Definisi : 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai bersahabat dengan ular bisa.

Bermaksud :

Berkawan dengan orang yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. b)Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. adakah kedua-dua ayat ini betul? sila beri penjelasan, thanks.A) Berkawan-kawan burung berterbangan di udara. Ayat ini tidak gramatis, ayat yang betul ialah burung berkawan-kawan terbang di udara.
B) Kami lalu di jalan itu supaya cepat-cepat sampai. Ayat ini juga tidak gramatis, kami melalui jalan itu supaya cepat sampai.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa01.08.2013
Tuan, perkataan manakah yang betul bagi ayat di bawah ini? sama ada 'disebabkan' atau 'oleh sebab'. ____ Iman cantik ramai yang ingin berkawan dengannya.Ayat yang gramatis, Oleh sebab kecantikan Iman, ramai yang ingin berkawan dengannya.Tatabahasa17.11.2011
Saya berharap sahabat karib saya dapat berkawan dengan saya selama-lamanya. Ayat ini betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Salam sejahtera, 1.Saya bermain dengan jiran saya . 2.Saya mahu berkawan dengan kamu. Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Sekian terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497-523.
Tatabahasa21.04.2024
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini.Remaja mudah terpedaya akan kata-kata rakan sebaya dan melakukan kegiatan negatif seperti membuli.Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain.Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut percakapan rakan seperti kerbau dicucuk hidung.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah suatu faktor remaja terjebak dalam isu ini. Remaja yang berkawan dengan pembuli juga akan mencontohi perbuatan rakan mereka dan membuli pelajar lain. Mereka tidak sedar akan kesalahan dan hanya mengikut arahan rakan seperti kerbau dicucuk hidung.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Tuan, Ayat berikut adalah benar atau tidak tentang penggunaan memperkawan dan memperkawankan? 1. Sue ingin memperkawan Mei Ling. 2. Aliza ingin memperkawankan Sue dengan Mei Ling selepas pertengkaran yang berlaku antara Sue dengan Men Ling dua bulan yang lalu. Terima kasih. Cik OngDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, memperkawankan bermaksud mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (berkenaan orang yang belum kenal-mengenal, orang yang bermusuhan) manakala memperkawan berkawan dengan seseorang.  Daripada maksud yang diberikan, penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah betul.Tatabahasa11.10.2016
Jika kata "memperkawani" wujud dalam bahasa Melayu, apakah maksud kata "memperkawani"?Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan.  Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain.Makna10.01.2015
apakah maksud puak, berpuak? apakah yang menyatukan puak-puak di malaysia? bagaimana puak-puak terjadi? berapakah bilangan puak di dalam masyarakat kita contohnya cina, india dan melayu?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud puak ialah kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan. Berpuak-puak pula ialah bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok. Soalan lain tidak berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan. Harap maklum.Makna20.11.2007
Tuan, saya memaklumi bahawa adanya perkataan "memperkawani", tetapi mengapakah saya tidak menjumpai kata "memperkawani" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua? Adakah kata "memperkawani" benar-benar wujud dalam bahasa Melayu?Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan.  Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain.Makna10.01.2015
Saya ingin menjadi seorang penulis novel/cerpen, bagaimana dan di mana saya harus bermula??Saudara harus membaca buku-buku yang berkaitan dengan penulisan novel dan cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Selain itu, saudara harus menganggotai persatuan penulis agar dapat mengikuti kursus atau bimbingan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga disarankan supaya berkawan dengan penulis yang terkenal untuk mempelajari teknik-teknik penulisan penulis tersebut. Saudara boleh menghantar cerpen kepada editor yang menangani penerbitan majalah di Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain06.02.2008
12

Kembali ke atas