Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nya.wa] | برڽاوا

Definisi : 1. mempunyai nyawa, hidup; 2. ki ada aktiviti yg berlangsung, bergerak dgn pelbagai kegiatan (urus niaga dsb) dijalankan, hidup: perut Dataran Merdeka kini ~ semula apabila sebuah kompleks beli-belah wujud di situ. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nya.wa] | برڽاوا

Definisi : mempunyai nyawa; hidup: Tiap-tiap benda yg ~ akan mati juga sudahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyawa (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,

2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,

Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DISINFEKTAN

Disinfektan ialah sebarang bahan yang

memusnahkan kuman pada objek tak bernyawa.

Disinfektan yang lazim ialah bahan kimia yang

kuat yang digunakan untuk membersihkan

pakaian atau tempat tidur, bilik orang sakit,

dan peralatan dan juga barang kegunaan untuk

memasak.

UMUM 
ODIN

Odin ialah ketua dewa dalam mitologi Norse. Dia

juga dinamakan Wotan. Odin menjadi pemerintah

alam semesta selepas dia dan kedua-dua abangnya,

Ve dan Vili, membunuh gergasi ais Ymir, makhluk

bernyawa yang pertama. Dari badan Ymir yang besar

itu, mereka mencipta Midgard, iaitu bumi; dan mula

membina Asgard, tempat tinggal dewa-dewa.

UMUM 
PERSEKITARAN

Persekitaran ialah semua benda yang berada

di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia

meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan,

dan manusia lain. Persekitaran tumbuh-

tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya

matahari, dan haiwan yang akan memakan

tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak

bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari,

membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa

seperti lumut dan makanan mewujudkan

persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran

abiotik dan biotik saling berhubungan dalam

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk

benda hidup dan bukan hidup.

UMUM 

Kembali ke atas