Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ring.kat.pe.ring.kat] | برڤريڠکت - ڤريڠکت

Definisi : peringkat demi pe­ringkat, menurut atau ada peringkatnya (tidak sekali gus) bertahap-tahap: al-Quran diturunkan ~; setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan, namun kepimpinan itu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peringkat (kata nama)
1. Bersinonim dengan tahap: tingkat, fasa, paras, takat,

2. Bersinonim dengan taraf: status, kelas, darjah, kedudukan, darjat, martabat, pangkat,

Kata Terbitan : berperingkat-peringkat, memeringkatkan, pemeringkatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APA ITU PROSES?
 Proses: 1 perubahan (peristiwa dll) yg berlaku berturut-turut atau beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses.
Makna05.10.2009
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000?

Saudara,

Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar,  dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan.

Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan  seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan  KOMSAS  bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS  mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar.  KOMSAS lebih berkesan dalam  pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik.

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya:

- mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional

- mengenal puisi moden dan puisi tradisional

- memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi

- memahami binaan dan teknik plot

- menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan

- menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan

- menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

 

Sastera28.05.2011
Salam pihak DBP. Saya ingin membuat cadangan agar pihak DBP menerbitkan majalah dan buku secara digital seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi masa kini. Saya ingin membeli majalah seperti DEWAN SASTERA, BUDAYA dan sebagainya tetapi secara digital kerana pertama mudah untuk dibawa dan dibaca kemana-mana. Kedua, memudahakan penyimpanan. Jika bahan bacaan masih bersifat tradisional/fizikal akan menyukarkan pembaca menyemak dan mencari kembali bahan bacaan yang lama yang mungkin tersimpan di stor dan sebagainya.Oleh itu saya memohon agar pihak DBP mempertimbangkan cadangan ini agar bahan bacaan DBP kekal relevan dan terus diminati terutamanya generasi muda. Terima kasih.Salam tuan yang dihormati, Untuk makluman, pihak DBP kini sedang dalam proses ke arah penerbitan buku dan majalah secara digital. Sungguhpun begitu, pada peringkat awal, tidak semua akan didigitalkan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian dan keutamaan.Lain-lain26.09.2017

Kembali ke atas