Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.rung] | برساروڠ

Definisi : memakai sarung: dia bertopeng dan ~ tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.rung] | برساروڠ

Definisi : 1 ada sarungnya; memakai sarung: Kerisnya tidak ~. ~ tangan. 2 memakai kain sarung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat-ayat ini betul? Buku teks yang diterima oleh Ali belum berbalut. Buku teks yang diterima oleh Ali belum bersarung.Ayat yang betul ialah - Buku teks yang diterima oleh Ali belum berbalut.Tatabahasa10.09.2008
1. Apakah kekurangan dalam ayat ini~'Senarai keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-' 2.Bolehkah kita menggunakan ayat yang mempunyai bersama-sama~'Kami pergi ke sana bersama-sama dengan ibu dan bapa.' 3. Berikan satu ayat yang dapat membezakan penggunaan kosa kata 'menyarung' dan 'menyarungkan'1. Tidak ada kesalahan dalam ayat tersebut kerana kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti "adalah seperti". 
2.
Kami pergi ke sana bersama-sama  ibu dan bapa. - Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
3. Menyarung bermaksud memberi bersarung. Contoh: Dia terus menyarung pakaian. Meyarungkan pula bermaksud memasukkan ke dalam sarung. Contoh: Kemudian Panglima Hitam pun menyarungkan kerisnya kembali. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4.
Lain-lain17.09.2015

Kembali ke atas