Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.lé.ra] | برسليرا

Definisi : ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.lé.ra] | برسليرا

Definisi : 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang tepat untuk ayat It all starts with an appetite for life? Cadangan pertama adalah Semuanya bermula dengan hidup penuh berselera dan yang kedua, Semuanya bermula dengan hidup yang menyelerakan. Terima kasihCadangan terjemahan untuk frasa bahasa Inggeris It all starts with an appetite for life ialah: Segalanya bermula dengan keinginan untuk sebuah kehidupan.Makna07.02.2023
Selamat sejahtera tuan / puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan walaupun . . . tetapi dalam satu ayat. Saya dapati jawapan Khidmat Nasihat tidak sama. Ada yang berpendapat bahawa dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat yang sama. Namun, ada juga yang berpendapat dua perkataan ini tidak boleh digunakan dalam ayat yang sama. Sila rujuk gambar yang saya sertakan. Jadi apakah kata putus bagi persoalan saya ini? Adakah perkataan "Walaupun . . . tetapi" dapat digunakan dalam ayat yang sama. Contoh: Mana yang tepat, A atau B? a) Walaupun dia sakit, tetapi dia masih berselera untuk makan. b) a) Walaupun dia sakit, dia masih berselera untuk makan.
'Walaupun' ialah kata hubung pancangan keterangan, manakala 'tetapi' ialah kata hubung gabungan.  Mengikut tatabahasa, kedua-dua kata hubung ini tidak boleh digunakan dalam satu ayat kerana terdiri daripada klausa tidak bebas.

Penggunaan yang betul ialah Walaupun dia sakit, dia masih berselera untuk makan.
Tatabahasa12.11.2020
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? Terima kasih. 1. Murid-murid yang ingin menimba ilmu haruslah banyak membaca bahan-bahan ilmiah secara konsisten. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. Adalah penggunaan dua kata ganda tidak tidak dibenarkan dalam satu ayat? 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja mengecat bangunan sekolah akan dimulakan pada cuti penggal yang akan datang. 3. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. 4. Adik makan dengan seleranya sehingga perutnya kembung. 5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. 6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati. 7. Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka masa pendek.

1. Ayat nombor 1 betul kerana dua kata ganda boleh digunakan dalam satu ayat.
2. Ayat nombor 2 betul
3. Ayat nombor 3 betul
4. Adik makan dengan berselera sehingga perutnya kembung.
5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.
7. Ayat nombor 7 betul

Tatabahasa04.07.2021

Kembali ke atas