Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tang.ga] | برتڠݢ

Definisi : 1. ada tangganya, memakai tang­ga; 2. ki berperingkat, bertingkat-tingkat: kanak-kanak ini kemudiannya dibimbing supaya mengenal buku-buku klasik secara ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tang.ga] | برتڠݢ

Definisi : 1 ada tangganya; menggunakan tangga. 2 bertingkat-tingkat; berperingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangga (kata nama)
1. Bersinonim dengan sigai: injak-injak, takuk, takik, tokek, tubang, jenjang, tangga gerak, eskalator,

2. Bersinonim dengan peringkat: tingkat, taraf, paras, skala, takat,

Kata Terbitan : bertangga,

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil kumala di mulut naga;
Jikalau sudah kata di hati,
     Tepian hidup terus dicuba.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Naik tak bertangga,
     turun tak berpintu.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ladder tripodtripod bertanggaKomunikasi MassaTiadaTiada
step lenskanta bertanggaKomunikasi MassaTiadaTiada
stepped terraceteres bertanggaGeografiTiadaTiada
conjunct movementgerak bertanggaKesenianTiadalangkah demi langkah.
conjunct motiongerak bertanggaKesenianTiadalangkah demi langkah. Sinonim dengan istilah conjuct movement.
step penetrometerpenetrometer bertanggaKejuruteraanTiadaPenetrometer yang bahannya sama dengan spesimen kajian, mempunyai julat langkah daripada 1 hingga 5 peratus ketebalan spesimen.
step foundationasas bertanggaKejuruteraanTiadaTiada
stepped foundationasas bertanggaKejuruteraanKejuruteraan Bangunanasas pad yang mempunyai keratan berbentuk anak tangga.
drop line contouringpengonturan garis bertanggaGeografiTiadaTiada
bucket-ladder dredgerkapal korek timba bertanggaKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas