Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kalau raja bertanya soalan, nak guna "bertanya" atau "betitah"? Raja bertanya kepada Haha Guai, "Apa nama kau?" atau Raja bertitah kepada Haha Guai, "Apa nama kau?"

Soalan saudara tidak jelas. Adakah ayat ini merujuk kepada bahasa istana atau bahasa formal?  Sekiranya ia merujuk kepada bahasa Istana ayat yang betul ialah “Raja bertitah kepada Haha Guai, "Siapakah nama tuan hamba?", manakala jika ayat formal “Raja bertanya kepada Haha Guai, "Siapa nama awak?"

Tatabahasa06.05.2023
Yang manakah betul, bertanya pada ataupun bertanya kepada?Beza antara perkataan 'pada' dan 'kepada' ialah:

Pada = digunakan untuk waktu dan tempat
Kepada = digunakan untuk orang dan objek

Lazimnya kita akan bertanya kepada orang, jadi jawapannya ialah "bertanya kepada".
Tatabahasa28.09.2019
Salam, Bertanya dengan hairannya atau bertanya kehairanan yang betul? tqContoh ayat yang betul ialah "Bertanya dengan hairannya."Lain-lain17.02.2020
yang manakah betul: 1) selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek 2) selalu bertanya khabar dengan datuk dan nenek 3) jika 1) dan 2) salah, minta pihak dbp beri ayat yang gramatis Terima kasih.Salam sejahtera,

Ayat yang betul ialah (1) Selalu bertanya khabar kepada datuk dan nenek.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.04.2019
As salam... 1.Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya . Adakah boleh digunakan dalam ayat biasa selain daripada ayat tanya 2.a.Dia menunjukkan bagaimana cara membuat kuih itu. b. Dia menunjukkan cara membuat kuih itu. c. Bertanya kepada pekerja bagaimana anda boleh membantunya meringankan beban kerja. d. Bertanya kepada pekerja cara anda boleh membantu meringkankan beban kerjanya. Mohon betulkan penggunaa kata tanya dalam keempat- empat ayat di atas?1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.

2. Ayat a dan b, betul. Untuk ayat “a” perkataan “bagaimana” tidak berfungsi sebagai kata tanya, sebaliknya bertujuan untuk menerangkan cara sesesuatu itu dilakukan atau dengan jalan apa sesuatu itu digunakan.

3. Ayat c dan d tidak betul dari segi susunannya. Ayat yang betul ialah “Dia bertanya apa yang perlu dilakukan untuk meringankan beban kerja pekerjanya.”
Tatabahasa13.07.2019
Inin bertanya ayat yang betul dalam penulisan surat sama ada: Sehubungan dengan itu.... atau Sehubungan itu.....

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan, bersangkutan dengan. Frasa “sehubungan dengan itu” bermaksud sama dengan. Oleh yang demikian, frasa “sehubungan itu” dan “sehubungan dengan itu”, kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, frasa yang lebih tepat ialah “sehubungan dengan itu” kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu perlu ada perkataan dengan.

Lain-lain24.07.2023
Maaf bertanya, apakah terjemahan "Junior Executive" dalam bahasa melayu? terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk "junior executive" ialah eksekutif muda.Makna27.06.2022
Maaf Bertanya,Bolehkan Encik/Puan/Cik memeriksa pengguanaan Bahasa Melayu dalam Teks Sajak yang dinurkilankan oleh saya sendiri?Sekian Terima KasihDBP tidak membuat semakan terhadap penggunaan bahasa dalam karya kreatif termasuk sajak, kecuali jika karya tersebut dihantar untuk terbitan DBP. Hal ini disebabkan sajak merupakan salah satu daripada karya sastera. Dalam penghasilan karya sastera, penulis diberikan sedikit "kebebasan" untuk berkarya. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi  ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan penulis bagi melahirkan kesan tertentu. Sungguhpun begitu, penulis disarankan agar menggunakan bahasa yang baik dan betul supaya dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. 

Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Sastera19.05.2022
Ingin bertanya penggunaan kata "yang". Adakah "yang" mesti digunakan atau boleh tidak digunakan, contoh: "Forum yang diadakan secara maya ini telah diikuti oleh 500 peserta, (yang) terdiri daripada wakil-wakil industri dan syarikat berkaitan kerajaan." Adakah dibenarkan jika kita tidak menggunakan kata "yang" dalam ayat di atas?Ayat ini perlu dimasukkan perkataan yang, iaitu Forum yang diadakan secara maya ini telah diikuti oleh 500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil industri dan syarikat berkaitan kerajaan.Lain-lain09.08.2021
Ingin bertanya, adakah di DBP dijual secara perisian install tatabasa seperti nak jadikan semakan dalam penulisan dibuat dalam lap top. Jika ada, macamana nak beli.Salam sejahtera,

Perisian tatabahasa


Dimaklumkan bahawa, dari segi jualan untuk tahun ini, DBP belum ada lagi perisian seumpama itu.

2. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan, sekiranya ingin mendapatkan rujukan tentang tatabahasa secara dalam talian, bolehlah layari laman sesawang prpm.dbp.gov.my, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang tatabahasa secara percuma.

Sekian untuk pemakluman.
Lain-lain26.10.2020
12345678910...

Kembali ke atas