Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tepat (adjektif)
Bersinonim dengan betul, benar, sah, sahih, jitu, positif, tidak salah;,
Kata Terbitan : bertepatan, menepati, ketepatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
role actionperanan teladanPerubatanTiadaTugas atau tanggungjawab jururawat yang bertepatan dengan peranannya. Tanggungjawab ini amat diharapkan oleh pesakit.
repulsive forcedimensi keempatFizikMekanikKoordinat keempat dari ruang Minkowski yang bertepatan dengan masa bagi sesuatu peristiwa yang berlaku.
earth inductorinduktor bumiFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanInduktor untuk mengukur sudut junaman medan magnet bumi yang mempunyai gegelung berputar di dalam medan magnet bumi dan voltan akan teraruh apabila paksi putaran tidak bertepatan dengan arah medan.
ethical behaviourtingkah laku beretikaPengurusanPerancanganTindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika.
strategic planningperancangan strategikPengurusanPerancanganProses sistematik yang dilakukan oleh pihak pengurusan atasan dalam menentukan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi. Perancangan strategik dilakukan dengan mengenal pasti kaedah dan pendekatan yang terbaik dan bersesuaian dengan organisasi, bagi mencapai matlamat yang ditetapkan secara bersama. Aktiviti perancangan strategik termasuklah analisis persekitaran dalaman dan luaran, isu yang dihadapi, pembentukan strategi yang bertepatan dengan situasi yang dihadapi dan penetapan matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh organisasi.
personnel psychologypsikologi personelPsikologiPsikologi UmumBidang yang menumpukan perhatian kepada pengujian, pemilihan, penempatan dan kenaikan pangkat pekerja dalam bidang pekerjaan. Pakar bidang ini boleh menggunakan analisis kerja untuk memilih pekerja bagi satu-satu pekerjaan. Analisis kerja ini mengandungi senarai kemahiran, pengetahuan dan aktiviti-aktiviti yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan tertentu. Pemilihan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah temu duga untuk menentukan calon yang bertepatan dengan ciri-ciri yang dikehendaki. Sinonim psikologi kakitangan.
full-run sponsorshippenajaan halaman penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja halaman penuh biasanya terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
biconical antennaantena dwikeruncutFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanAntena yang terdiri daripada dua keruncut logam yang mempunyai paksi sepunya sama ada puncak-puncaknya bertepatan atau bersebelahan dengan kabel sepaksi atau pemandu gelombang dan kedua-dua puncaknya dihubungkan. keruncut-keruncut itu pula mempunyai paksi sepunya dengan kabel sepaksi dan dengan penghantaran gelombang pada puncak keruncut tersebut.
just-in-time productionpengeluaran sesempat masaEkonomiTiadaSistem pengeluaran yang mengelakkan pembaziran dan kecacatan pada keluaran dengan mengurangkan inventori ke tahap minimum melalui jaminan pembekal yang berhampiran untuk perbekalan berkualiti tinggi secara paling cekap dan bertepatan masa.

Kembali ke atas