Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terus terang, berterang-terang: ia ~ mengatakan bahawa ia bersedia akan menjadi isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bercakap atau berkata yg sebenarnya (tidak berselindung). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,

Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah tanda sempang diperlukan dalam perkataan berterus terang? ini kerana dalam kamus online dieja (i) berterus terang dan ada juga dieeja (ii) berterus-terang mohon kerjasama melihat bahagian lampiran. terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang. Sila rujuk Kamus Pelajar, Edisi Kedua untuk maklumat lanjut. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.Tatabahasa14.08.2017
Penggunaan kata sendi nama manakah yang betul? – berterus terang kepada/terhadap/dengan seseorangSemua Penggunaan kata sendi nama betul:
1. berterus terang kepada seseorang
2. berterus terang terhadap seseorang
3. berterus terang dengan seseorang
Tatabahasa21.07.2020
Salam, Boleh pihak tuan jelaskan berterus-terang atau berterus terang, ada sengkang atau tidak? kedua-duanya terdapat di dalam prpm.Dalam Kamus Dewan tiada (-), yang ada ialah dalam Kamus Pelajar edisi yang belum diperbaharui. Oleh itu, berterus terang betul. Sila rujuk Kamus Pelajar edisi yang kedua untuk maklumat lanjut.Tatabahasa11.09.2015
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang.Tatabahasa25.06.2012
Apakah perbezaan antara "izini" dengan "izinkan"? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Contoh pertama, Ahmad mengizinkan/ mengizini Shami tinggal di rumahnya. (Sekiranya "mengizinkan", maka bermaksud, Ahmad memberikan Shami izin untuk tinggal di rumahnya . Bagaimana pula sekiranya "izini"?). Contoh kedua, Musri menjawab, "Izinkanlah/ Izinilah saya berterus terang." Dalam kedua-dua ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah izini atau izinkan? Mohon beri pendapat. Sekian, terima kasih.

Yang baku ialah izinkan dan tidak ada contoh penggunaan izini dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan mengizini tidak ada contoh penggunaan kata terbitan tersebut, yang ada perkataan mengizinkan yang bermaksud memberi izin kepada - Ahmad mengizinkan Shazimi tinggal di rumahnya dan Izinkanlah saya berterus terang.

Tatabahasa03.06.2010
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021
1. bila masa yang paling sesuai untuk menggunakan tanda (:) dan ( ; ). 2. mohon kepastian ejaan ketiadaan ketelusan atau ketidaktelusan

Jawapan soalan pertama, tuan boleh merujuk penggunaan kedua-dua tanda baca dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1)pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3)Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

 

Jawapan soalan yang kedua, kedua-dua ejaan, iaitu ketiadaan ketelusan dan ketidaktelusan betul. Ketiadaan bermakna tidak ada/tidak memiliki keadaan dan sifat berterus terang iaitu tidak ada sifat telus. Manakala ketidaktelusan ialah kata kerja untuk tidak mempunyai sifat telus.

Tatabahasa11.03.2014

Kembali ke atas