Tabiat Melayu berterus terang, Berkata lurus bercakap benar; Sepakat Melayu muka belakang, Siapa memupus azabnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna sisir-menyisir, Bila rambut tiada panjang; Apa guna sindir-menyindir, Bila takut berterus terang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa gunanya berjalan malam, Bila takut jatuh ke lubang; Apa gunanya kasih dipendam, Bila takut berterus terang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kita hendak menjerat, Orang berburu pagi dan petang; Bagaimana hamba hendak diikat, Abang tak mahu berterus terang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |