Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.dung] | برتودوڠ

Definisi : memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.dung] | برتودوڠ

Definisi : memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Dayang Lamit bertudung merah,
     Dibeli di kedai Jawa;
Panjang damit bajunya merah,
     Di sana tempat terbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Dek sukar berkampuh ijuk,
     nan adat diturut juga.

Bermaksud :

Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Walau cantik bertudung sutera, Jangan lupa memakai pelekat; Walaupun adik di hujung dunia, Akan kukejar sampai dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang gunung bertudung pokok, Nampak dari Kampung Pana; Duyang bolong sumpit bengkok, Di mana pula burung kan kena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hendak hujan hujanlah hari, Biar saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Biar saya mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kata adat kata bersayap, Digulung kecil dibentang Iebar; Kita seadat sesama seadab, Bertudung adil bertiang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas