Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.dung] | برتودوڠ

Definisi : memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.dung] | برتودوڠ

Definisi : memakai tudung; ber­tutup dgn tudung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Dayang Lamit bertudung merah,
     Dibeli di kedai Jawa;
Panjang damit bajunya merah,
     Di sana tempat terbuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Dek sukar berkampuh ijuk,
     nan adat diturut juga.

Bermaksud :

Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang gunung bertudung pokok, Nampak dari Kampung Pana; Duyang bolong sumpit bengkok, Di mana pula burung kan kena.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Lamit bertudung merah, Dibeli di kedai Jawa; Panjang damit bajunya merah, Di sana tempat terbuang nyawa.
Kurik Kundi Merah SagaHendak hujan hujanlah hari, Biar saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Biar saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak hujan hujan sekali, Boleh saya bertudung kain; Nak buang buang sekali, Boleh saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning naik junjung, Mari dikait pisau patah; Putih kuning turun bertudung, Sayang sedikit gigi berasah.
Kurik Kundi Merah SagaRumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaRumah siapa elok perabung, Itu nama rumah Cik Siti; Tunang siapa turun bertudung, Tunang mana tunang tak jadi.
12

Kembali ke atas