Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan, Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning, Ketupa ketupu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hantu (kata nama)
1. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,

Kata Terbitan : berhantu, menghantui,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
owlburung hantuPertanianTiadaTiada
owl midgesera burung hantuVeterinarTiadaTiada
lullabydodoiKesusasteraanTiadaLagu yang didendangkan untuk menenteramkan dan menidurkan anak. Biasanya dodoi mengandungi lagu yang pendek, disampaikan secara berulang-ulang dengan melodi yang lembut, menggunakan puisi kanak-kanak sebagai liriknya. Kebanyakan dodoi bersifat didaktik dan berunsur keagamaan. Contohnya: �Endoi-endoi cak, Cak makan padi, Adik jangan teriak, Mak masak nasi. Buah kacang botor, Bilang satu satu, Tidur adik tidur, Takut burung hantu. Burung hantu punai, Bertelur dalam bakul, Kera duduk menyemai, Lotong duduk menyangkul.
biological controlkawalan biologiBiologiEkologiKaedah pengawalan makhluk perosak dengan menggunakan organisma pemangsa yang diperkenalkan atau pemangsa semula jadi. Misalnya, penggunaan burung hantu untuk mengawal tikus di ladang kelapa sawit; penggunaan kaedah pemandulan untuk mengawal kumbang tanduk ladang kelapa; penggunaan parasit bakteria Bacillus thuringiensis untuk mengawal kupu-kupu Plutella xylostella di ladang kubis; dan penggunaan feromon dalam pengawalan lalat buah.
nocturnal animalhaiwan nokturnalVeterinarPraklinikalHaiwan yang aktif pada waktu malam untuk mencari makanan atau memburu mangsa. Contoh haiwan nokturnal ialah tikus; katak; kelawar dan burung hantu.
altricialaltrisialBiologiEkologiBerkaitan dengan anak haiwan yang tidak berbulu dan tidak bermaya ketika lahir, dan memerlukan penjagaan induk. Misalnya, anak burung helang dan burung hantu.
vertical competitionpersaingan menegakBiologiEkologiPersaingan yang terjadi antara organisma daripada aras trofik yang berbeza. Pada ekosistem yang seimbang, bentuk persaingan ini bergantung pada hubungan mangsa dan pemangsa. Misalnya, burung hantu, Ninox scutulata akan menyerang dan memakan tikus, Rattus tiomanicus.
biocontrol agentagen biokawalanPertanianAgroteknologiOrganisma yang dapat digunakan untuk mengawal serangga perosak dan penyakit. Contohnya, kumbang kura-kura boleh mengawal populasi afid kerana ia merupakan musuh semula jadi afid. Contoh lain ialah burung hantu yang dapat mengawal populasi tikus di kawasan padi dan kelapa sawit. Kaedah agen biokawalan adalah mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan kimia dan sasarannya hanya kepada makhluk perosak.
conekonVeterinarPraklinikalSel fotoreseptor yang melapisi retina. Sel ini dapat mengesan warna. Kon banyak terkumpul di fovea retina. Haiwan yang matanya tidak mempunyai kon tidak dapat melihat pada waktu siang seperti kongkang dan burung hantu.
integrated pest managementpengurusan perosak bersepaduPertanianAgroteknologiKaedah pengawalan perosak yang boleh diamalkan secara ekonomi, selain dapat memberikan kesan baik pada persekitaran. Pendekatannya ialah dengan menggantikan penggunaan racun kimia kepada kaedah biologi, seperti penggunaan musuh semula jadi kepada serangga perosak dan agen penyakit. Kaedah ini tidak semestinya menyahkan penggunaan bahan kimia sepenuhnya, tetapi lebih kepada mengurangkan penggunaannya di mana sesuai. Antara contoh pengurusan perosak bersepadu ialah penggunaan kumbang kekura untuk mengawal perosak afid dan penggunaan burung hantu untuk mengawal serangan tikus di kawasan kelapa sawit.
12

Kembali ke atas