Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
daging cincang ATAU daging cencang......yang mana betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, cincang dan cencang mempunyai maksud yang sama. Dalam pangkalan data kamim juga terdapat kedua-dua istilah tersebut. Oleh itu, daging cincang dan daging cencang adalah betul.Istilah26.04.2012
mana satu betul? 1)mencincang daging @mencenceng daging 2)mencium durian @mengcium durian 3) sayatidak upaya melayan kerenahnya atau saya tidak berupaya untuk melayan karenahnya. 4)usaha membenteras maksiat itu patut dipuji @ usaha membanteras maksiat itu patut dipuji.

Penggunaan yang betul ialah: 1) mencenceng daging; 2)mencium durian; 3)  saya tidak berupaya untuk melayan kerenahnya; dan 4) usaha membanteras maksiat itu patut dipuji. Untuk mendapatkan tentang ejaan dan tatabahasa, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan (kata kunci) yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai bidang termasuklah kamus, istilah, peribahasa dan sebagainya.

Tatabahasa14.05.2011
Selamat pagi, tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang perkataan daging lembu Wagyu. Yang manakah ejaan yang betul? daging lembu wagyu atau daging lembu Wagyu? Mohon pencerahan pihak DBP. Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah daging lembu Wagyu.Ejaan30.10.2020
Kami dapati ejaan "meatburger" dalam ayat di bawah ini dieja sebagai satu perkataan membawa padanan "daging burger". Adakah ejaan ini betul kerana melalui semakan kami tiada ejaan yang sedemikian. (2) For the purposes of these Regulations, manufactured meat shall include meatburger, sausage and corned, cured, pickled or salted meat. (2) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, daging kilangan hendaklah termasuk burger daging, sosej dan daging kon, daging awetan, daging jeruk atau daging asin.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu seperti yang berikut:

meat burger - daging burger

Dieja dengan dua perkataan.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain10.06.2021
Melalui semakan kami, kedua-dua istilah bagi “minced meat” dan “ground meat” membawa maksud daging kisar. Tetapi dalam ayat yang sedang kami semak menggunakan padanan "daging giling" bagi "ground meat". Padanan ini merupakan merupakan istilah Indonesia. "Minced meat or ground meat" "Daging kisar atau daging giling" Bolehkah istilah ini digunakan atau terdapat padanan lain dalam bahasa Melayu bagi "ground meat" selain "daging giling".Padanan bahasa Melayu bagi “minced meat” dan “ground meat” ialah daging kisar atau daging cincang bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Pembinaan Bakat05.06.2021
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang istilah Bahasa Inggeris yang sesuai untuk "daging kambing". Adakah "mutton" istilah yang sesuai? Mutton boleh membawa maksud "daging biri-biri (sheep=biri-biri/ lamb=biri-biri muda)", bukan hanya bermaksud "daging kambing" sahaja." Ada istilah bahasa Inggeris yang hanya mewakili maksud "daging kambing" sahaja? Mohon pencerahan dan terima kasih.Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "mutton" bermaksud daging kambing atau daging kambing biri-biri.Makna05.04.2013
Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "subjecting" dalam ayat: "smoked meat shall be the meat product obtained by subjecting meat to the action of smoke." Adakah padanan yang berikut tepat : "Daging salai hendaklah merupakan produk daging yang diperoleh dengan memperlakukan daging dengan tindakan asap".Ayat yang lebih gramatis ialah: Daging salai sepatutnya merupakan daging yang diperoleh dengan cara mengasapi daging di atas api. Makna09.06.2021
pembekal secara halal daging baharupembekal daging baharu dan makanan laut halalTatabahasa12.06.2008
Dia mencencang daging itu hingga lumat / Dia mencincang daging itu hingga lumat?Dia mencencang daging itu hingga lumat. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cencang dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cincang untuk maklumat lanjut.Tatabahasa15.02.2012
bolehkah "dengan menggunakan" diguna bersama? contohnya: a) Emak memotong daging dengan menggunakan pisau. b) Emak memotong daging dengan pisau. c) Emak memotong daging menggunakan pisau. ayat manakah yang betul?Tuan,

Rangkai kata “dengan menggunakan” boleh digunakan bersama-sama kerana perkataan “dengan” dalam contoh ayat yang diberikan merupakan kata sendi yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga contoh ayat betul.
Tatabahasa15.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas