Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
actus reusactus reusUndang-undangUndang-undang AntarabangsaElemen fizikal yang perlu ada dalam membentuk liabiliti jenayah atau tanggungan jenayah. Elemen ini termasuk juga dalam bentuk peninggalan, iaitu kegagalan atau kecuaian untuk menjalankan tugas mengikut peraturan undangundang. Dalam undang-undang jenayah, actus reus boleh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kelakuan, akibat dan keadaan. Kelakuan ialah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, contohnya tindakan menembak ke arah hospital adalah dilarang dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Akibat ialah kesan daripada perbuatan sesuatu jenayah, contohnya membunuh orang awam atau tawanan perang dalam konflik bersenjata. Manakala, keadaan pula ialah apa-apa fakta atau motif yang berkaitan dengan subjek jenayah, contohnya pelaku jenayah, perbuatan subahat, objek jenayah (mangsa), atau apa-apa modaliti jenayah lain seperti masa jenayah dan tempat jenayah. Bagi memastikan kewujudan actus reus dalam perbuatan jenayah, konsep kelakuan dan akibat yang terhasil daripada perbuatan jenayah perlu dibezakan. Hal ini demikian kerana actus reus bukan tertumpu kepada perbuatan semata-mata tetapi memerlukan bukti bahawa kelakuan itu mempunyai akibat yang relevan dengan perbuatan tersebut. Istilah actus reus berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud tindakan bersalah.
metadramametadramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen.
usl?b ?l-??k?musl?b ?l-??k?mKesusasteraanTiadaJawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: �Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak �anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud �cara pengolahan oleh si bijaksana�. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?�.

Kembali ke atas