Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.si.si] | دسيسي

Definisi : 1. di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu, berhampiran (dekat) dgn: ia duduk ~ suami­nya; 2. di samping (bersama-sama): ibu Ema yg telah tua itu dapat jua menghibur­hiburkan hatinya ~ suami, anak, menantu, dan cucunya; 3. di samping (selain): ~ itu, kemungkinan perkembangan bahasa itu pun menjadi lebih besar sebab lebih banyaknya jumlah manusia yg memakainya; 4. dr segi (pandangan dll): tiap-tiap rakyat itu mem­punyai hak-hak yg sama antara satu dgn lain ~ undang-undang; 5. di kalangan: ajaran Rousseau telah berkembang dan amat besar pengaruhnya ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.si.si] | دسيسي

Definisi : 1 di sebelah kanan atau kiri: Saya duduk ~nya. 2 dr segi sesuatu pandangan atau pendapat: ~ undang-undang, kita mempunyai hak yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-

undang oleh seseorang terhadap harta orang lain

sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama

dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi

tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah

hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai

janji; Kontrak).

UMUM 
DELINKUENSI JUVENIL

Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan

dengan perlanggaran undang-undang oleh

seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap

jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti

mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah

di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki

atau perempuan, seperti membeli minuman

keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah

delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan

golongan remaja yang bertentangan dengan

norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan

itu salah atau tidak di sisi undang-undang.

UMUM 
RIBA

Riba ialah caj faedah pada kadar yang tinggi,

yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam. Di

sesetengah negara, riba ditafsirkan sebagai caj

faedah yang dikenakan melebihi daripada kadar

maksimum yang sah di sisi undang-undang.

Orang perseorangan atau institusi yang

mengenakan kadar yang lebih daripada yang

dibenarkan di sisi undang-undang dikenali

sebagai pemakan riba .

UMUM 
SETINGGANSetinggan ialah orang yang tinggal di atas

sebidang tanah tetapi tidak mempunyai hak milik

atau apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa dia

memiliki tanah berkenaan. Dalam sesetengah kes,

seseorang setinggan boleh membuat tuntutan

yang sah terhadap tanah tertentu sekiranya tidak

ada orang lain yang mempunyai tuntutan yang sah

di sisi undang-undang terhadap tanah yang sama.

Pada beberapa zaman tertentu dalam sejarah, para

peneroka telah menjelajah ke kawasan yang belum

diduduki dan kemudiannya menuntut hak milik

terhadap tanah tersebut. Di Australia dan di

Amerika Syarikat, ramai setinggan menduduki

tanah yang belum lagi disukat ataupun diukur

dan yang belum pernah mempunyai sebarang

hak milik. Mereka mendirikan rumah dan

membersihkan tanah berkenaan. Dengan berbuat

demikian, mereka percaya bahawa mereka telah

beroleh hak untuk membeli tanah berkenaan pada

harga yang minimum apabila kerajaan menjualnya.

UMUM 
OSLER, SIR WILLIAM

Osler, Sir William (1849–1919), doktor Kanada dan

salah seorang pendidik perubatan yang terulung.

Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali

dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah

klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore,

Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model

bagi pendidikan perubatan moden di Amerika

Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan

“pesakit sebagai teks”, dan dia menyempurnakan

kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut

melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar

seni rawatan amali di sisi pesakit.

UMUM 
SURAH AL-ZUMAR

Surah al-Zumar ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-39 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

75 ayat. Surah ini dinamakan al-Zumar (kumpulan)

kerana Allah S.W.T. menyebut di dalam surah ini

sekumpulan ahli syurga yang hidup bahagia

bersama golongan mulia dan dihormati serta

sekumpulan ahli neraka yang hidup menderita

bersama golongan hina dan rendah darjat di sisi

Allah S.W.T.

UMUM 
PIS GURUN STURT

Pis gurun Sturt ialah tumbuhan luar biasa

yang meliputi kawasan yang luas di bahagian

kontang di Australia pada musim yang baik.

Tumbuhan merayap ini cepat tumbuh,

mempunyai kuntum besar bunga pis berwarna

merah tua yang lehernya berwarna gelap. Setiap

bunga panjangnya 7.5 hingga 10 sentimeter,

dengan satu kelopak yang besar di belakang, dua

kelopak kecil di sisi, dan dua kelopak yang

panjang bercantum di tengahnya. Bunga yang

kembang diikuti dengan lenggai yang sempit,

keras, berwarna perang, setiap satunya

mengandungi banyak biji keras.

UMUM 
ANUGERAH

ANUGERAH,  pemberian yang berupa hadiah yang terbesar  dan tinggi nilainya.  Perkataan anugerah berasal daripada perkataan Sanskrit ‘nugeraha’ atau ‘ anugeraha’. Pemberian tersebut mungkin datang daripada Allah atau zaman pra-Islam disebut datang daripada Sang Hyang Dewata Mulia Raya.  Pemberian tersebut sama ada dalam bentuk rezeki, umur yang panjang, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan, zuriat keturunan yang baik-baik, darjah dan martabat yang mulia di sisi masyarakat, atau kuasa dan wibawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PETITION OF RIGHT

Petition of Right ialah satu dokumen yang

ditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dan

dikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumen

tersebut mengisytiharkan bahawa tindakan-

tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikut

perlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpa

persetujuan Parlimen, menempatkan anggota

tentera di rumah persendirian, menubuhkan

kerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengan

cara yang tidak sah di sisi undang-undang.

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan

pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar,

bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan

rektus femoris yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
1234

Kembali ke atas