Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ayaq[A.jAâÖ]kata adjektifhad atau tempoh masa dalam sesuatu pusingan perlagaan ayam, ikan belaga, kadarnya lebih kurang lima belas minit. Caranya dengan meletakkan tempurung yang ada satu lubang kecil di atas air di dalam sesuatu bekas. Air akan masuk ke dalam tempurung itu sedBelaga kali ni takat empat ayaq cukopla, ayam aku mudah leteh.[b«.lA.gA kA.li ni tA.kAt «m.pAt A.jAâÖ tSu.kop.lA A.jAm A.ku mu.dAh l«.teh]Tempoh bagi perlagaan ayam kita kali ini cukup setakat empat air sahaja kerana ayam aku mudah letih.
loceh[l.tSEh]kata kerjamenarik sesuatu yang menutupi hingga ke had tertentu (seperti kain, kulit zakar dan sebagainya).Nak bagi senang loceh kote, masa nak masok jawi, suroh budak tu berendam dalam ayaq.[nA/ bA.gi s«.nAN l.tSEh k.tE mA.sA nA/ mA.so/ dZA.wi su.Òoh bu.dA/ tu b«.Ò«n.dAm dA.lAm A.jA)Ö]Untuk memudahkan kemaluan budak itu diloceh sebelum berkhatan, budak itu hendaklah disuruh berendam dalam air dahulu.

Kembali ke atas