Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera Encik/ Puan, yang mana satu betul? 1. Pemandu itu memandu kenderaan di bawah had laju yang ditetapkan. 2. Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Minta pencerahan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Tatabahasa30.10.2022
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaruPengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita).Makna23.06.2009
I. BAHASA MELAYU BAGI 'REVERSED PARKING'' II. HAD LAJU 30KMJ ATAU HALAJU 30KMJ ??i. Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur.

ii. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Halaju dan had laju ialah dua perkataan yang berbeza, had laju bermaksud kelajuan maksimum yang dibolehkan, manakala halaju ialah kelajuan atau kecepatan, dan bukan juga hal laju. Maka yang betul ialah Had Laju 30 KM/J
Makna10.04.2017
Rujuk ayat di bawah, yang mana satu betul? (1) tiada had nilai. ATAU (2) tanpa had nilai. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), perkataan tanpa dan tiada bermaksud tidak ada. Oleh itu, kedua-dua frasa tersebut betul.

Tatabahasa18.01.2024
Adakah penggunaan perkataan "sempadan" bagi menggantikan perkataan had betul? (merujuk kepada kelajuan)Perkataan yang paling hampir maknanya dengan sempadan ialah batas. Walau bagaimanpun sempadan juga boleh dikiaskan kepada makna had atau takat.Tatabahasa18.10.2012
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.?1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.Makna29.06.2015
Pegawai bank telah ( ) akaun Dato Jamil yang menyalahgunakan wang tanpa had Amendinginkan Bmengalirkan Cmembekukan Dmenyorokkan Sila memilih jawapan yang tepatAyat yang betul ialah: Pegawai bank telah membekukan akaun Dato Jamil yang menyalahgunakan pengeluaran wang tanpa had.Tatabahasa02.11.2022
Definisi 'virgin' dalam Kamus DBP ialah n person esp a woman who has never had sex, (anak) dara. Bolehkah perkataan dara digunakan menterjemah virgin untuk lelaki? Adakah perkataan ini khusus untuk perempuan?Berdasarkan takrif yang diberikan iaitu "person esp a woman who has never had sex", perkataan esp menunjukkan bahawa subjeknya tidaklah mutlak kepada perempuan sahaja. Ini merupakan dapatan daripada data korpus bahasa Inggeris pada ketika itu. 

Dara atau anak dara dalam bahasa Melayu hanya merujuk kepada perempuan. Kata dara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) diolah seperti berikut:

dara دارا 1 
adj 1 (bkn perempuan) belum pernah melakukan persetubuhan dgn lelaki: Pengesahan doktor
bahawa ia masih dara boleh digunakan utk melepaskannya drp tuduhan zina.

Walau bagaimanapun, jika korpus bahasa Inggeris ada menunjukkan subjeknya ialah lelaki, maka cadangan padanannya ialah teruna berdasarkan takrif yang diberikan oleh Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang merujuk kepada makna yang sama, iaitu:

teruna ترونا  
adj 1 (bkn lelaki) belum pernah melakukan persetubuhan dgn perempuan: Memang agak sukar
utk mengetahui sama ada calon suami anda masih teruna atau tidak.




Lain-lain09.06.2021
APAKAH PERBEZAAN SETAKAT DAN SEHINGGA? BAGAIMANAKAH PENGGUNAANNYA?Perkataan setakat, yang kata akarnya ialah takat digunakan bagi sesuatu had atau peringkat  pada sesuatu ukuran.

Contoh: Dalamnya sungai itu takat pinggang sahaja; 

            Setakat  itu saja yg dapat saya ceritakan.
            
            Setakat manakah hasil yang didapati daripada pengajaran yang telah diberi­kan?


Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat.

Contoh : Pegawai itu berjaga hingga pagi.
            Anak-anaknya belajar hingga peringkat universiti.


Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan.

Contoh : Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat.
               Pasangan itu berjanji akan setia sehingga hujung nyawa.
Tatabahasa08.05.2015
Apakah perbezaan penggunaan "sehingga" dan "hingga"Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa , waktu atau tempat. Contoh: Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Manakala sehingga digunakan sama dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Contoh: Kami akan bersama-sama sehingga akhir hayat. Namun adakalanya hingga juga membawa maksud sehingga, iaitu sampai pada keadaan atau masa. Berdasarkan contoh yang diberikan, hingga dan sehingga boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.
Makna21.06.2016
12345678910

Kembali ke atas