Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[had] | حد

Definisi : 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tang­gungannya terbatas kpd modal dan harta­nya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemi­lik­nya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (ba­n­yaknya, luasnya, perenggannya, dll), mem­batasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntuk­kan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelang­gan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan ke­amanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggan­nya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, ke­terbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pem­batasan: perintah ~ kediaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[had] | حد

Definisi : garis yg terakhir; batas: Kesabaran manusia ada ~nya. berhad ada hadnya; berbatas: Kekuasaan Tuhan tidak ~. mengehadkan menentukan hadnya (banyaknya, luasnya dll) supaya tidak melebihi sesuatu yg telah ditetapkan: Kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd seratus orang saja. terhad telah ditentukan hadnya; terbatas: Kuasa yg diberikan kpdnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Had dan keselanjaranDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-4171-X
Awang Had Salleh: Tokoh Pendidikan Negara Tiada1996983-827-100-4
Awang Had SallehPusat Dokumentasi MelayuTiada1974 
Awang Had Salleh, Tan Sri Prof. Dr.Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
The mowan who had two navelsSolidaridad Publishing HouseTiada1972 
The woman who had two navels : a Filipino novelSolidaridad Publishing HouseTiada1972 
I Wonder Why: Triceratops Had Horns and Other Questions About Dinosaurs Tiada20020-7534-0521-0
Pendidikan dalam Pemikiran Awang Had SallehPenerbit Fajar BaktiTiada1985967 933 602 6
Putih Biru Merah Jambu. Tan Sri Awang Had Salleh, Prof Dr. HashimPusat Dokumentasi MelayuTiada  
Majlis pelancaran buku Pantun Melayu Bingkisan Permata oleh Tan Sri Awang Had SallehDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 

Kembali ke atas