Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha/] | حق

Definisi : 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mem­punyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk men­dapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak mem­­batalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati se­suatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembali­kan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentu­kan hak atas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha/] | حق

Definisi : 1 kuasa atau kebebasan bagi seseorang utk berbuat atau memiliki se­suatu: Tiap-tiap anak ada ~ atas pusaka peninggalan bapanya. 2 apa-apa yg dipunyai atau dimiliki oleh seseorang; kepunyaan: Setelah ayahnya meninggal, segala harta pusaka itu menjadi ~nya. ~ asasi hak yg dasar atau yg pokok spt bebas beragama, bebas mengeluarkan pendapat. ~ isti­mewa hak yg diberikan kpd kaum atau go­longan tertentu saja. ~ mengundi hak utk memilih ketua, pemimpin dll. berhak mempunyai hak atas sesuatu: Dia ~ mewarisi harta peninggalan bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Terpelanting memilihi,
     terserak mengampungkan.

Bermaksud :

Kewajiban ketualah memelihara hak milik anak buahnya dan mengumpulkan mereka yang bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
conjugaladj (fml) suami isteri: ~ rights, hak-hak suami isteri; ~ happiness, kebahagian suami isteri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
individualadj 1. of, rel to, single person, individu: ~ rights, hak-hak individu; ~ liberty, kebebasan individu; ~ possessions, milik individu; 2. characteristic of single person, distinctive, tersendiri: ~ traits, ciri tersendiri; 3. considered separately from others, setiap: each ~ part is wrapped in foil, setiap bahagian dibungkus dlm kerajang; you will have to examine each ~ animal, tuan mestilah memeriksa setiap binatang; 4. separate, berasingan: the food was packed in ~ boxes, makanan itu dimasukkan ke dlm kotak-kotak yg berasingan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slogan n cogan kata, slogan: their ~ was “equal rights for women”, cogan kata mereka ialah “hak-hak yg sama utk wanita”; advertising ~s, cogan kata pengiklanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tenacious3. refusing to give up, mempertahankan: we must be ~ of our rights, kita mesti mempertahankan hak-hak kita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
constitutionaladj 1. of, rel to the constitution, perlembagaan: ~ reforms, pembaruan perlembagaan; ~ rights, hak-hak perlembagaan; 2. subject to provisions of constitution, berperlembagaan: a ~ government, kerajaan berperlembagaan; ~ monarch, raja berperlembagaan; 3. inherent in constitution of person, resaman: ~ weakness, kelemahan resaman;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retentionn 1. continued possession or use of (st) pengekalan, mengekalkan: ~ of o’s rights, pengekalan hak-hak seseorang; 2. act of holding, containing st, pembendungan, membendung: the ~ of flood waters, pembendungan air banjir; 3. ability to remember, ingatan: her ~ of facts is amazing, ingatannya ttg fakta-fakta sangat mengagumkan; 4. preservation, pengekalan: the ~ of traditional architecture for posterity, pengekalan seni bina tradisional utk anak cucu; 5. (med) penahanan: ~ of urine, penahanan air kencing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deprivationn 1. preventing from enjoying, possessing, tdk + approp v: the ~ of civil rights, tdk mendapat hak-hak sivil; 2. taking away a. (of possession) perampasan; b. (of eyesight etc) hilangnya; c. (right, privilege, membership) pelucutan; 3. fact, instance of being deprived, a. (of possession) rampasan; b. (of eyesight etc) kehilangan; c. (of right, privilege, membership) perlucutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twopence, tuppencenot care ~, tak /kisah, peduli/ langsung: he doesn’t care ~ for other people’s rights, dia tdk kisah langsung hak-hak orang lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
riparianadj (fml) 1. of river bank, ripa; 2. (leg.) riparian: ~ rights, hak-hak riparian.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cudgeln belantan, gada; take up the ~s, berjuang: the womenfolk took up the ~s for their rights, kaum wanita berjuang demi hak-hak mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas