Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hak yg dasar atau yg pokok spt bebas beragama, bebas mengeluarkan pendapat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM 
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM 
HAK ASASI MANUSIA UMUM 
BIL HAK ASASI UMUM 
PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA UMUM 
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH

Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989)

ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka

kerana penyelidikannya tentang tindak balas

termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli

sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal

tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal

kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia

dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah

Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir

tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena

Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet

dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi

manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun

1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa

Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy

Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada

orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan

dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989,

Sakharov dipilih menjadi ahli dewan

perundangan Soviet yang baru dibentuk yang

dinamakan Kongres Wakil Rakyat.

UMUM 
SOROPTIMIST INTERNATIONAL

Soroptimist International ialah sebuah

organisasi perkhidmatan untuk ahli perniagaan,

eksekutif, dan profesional wanita yang terbesar di

dunia. Kelab ini mempunyai kira-kira 75 000 orang

ahli daripada lebih 75 buah negara. Hanya mereka

yang dipelawa sahaja yang boleh menjadi ahli.

Kelab ini mempunyai enam bidang aktiviti yang

utama: pembangunan ekonomi dan sosial,

pendidikan, alam sekitar, kesihatan, hak asasi

manusia, dan kemajuan taraf kaum wanita, serta

perasaan muhibah dan persefahaman antarabangsa.

Organisasi ini mengandungi empat persekutuan –

meliputi Amerika, Eropah, Great Britain, dan

Ireland, serta kawasan Barat Daya Pasifik. Kelab

pertama telah diberikan piagam pada tahun 1921 di

Oakland, California, Amerika Syarikat.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 

Kembali ke atas