Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
black theatreteater hitamKesusasteraanTiadaTeater yang bermula dengan hasrat warga Amerika yang berkulit hitam untuk mencari jati diri. Teater hitam dipengaruhi oleh Gerakan Hak-hak Sivil, dan gerakan Black Power di Amerika Syarikat. Pada tahun 60-an, gerakan teater ini menjadi semakin radikal. Pelakon teater berkulit hitam mula memisahkan diri mereka daripada pelakon teater berkulit putih Amerika. Seterusnya, mereka mementaskan teater untuk penonton berkulit hitam sahaja walaupun untuk drama Shakerspeare. Teater pertama dipentaskan oleh pelakon teater berkulit hitam berjudul A Raisin in the Sun (1959) oleh Hansberry. Antara pelakon teater dan drama berkulit hitam yang terkemuka ialah Jamses Baldwin, Ed Bullins, dan Le Roi Jones. Le Roi kemudiannya menukarkan nama kepada Amamu Amiri Baraka. Lihat juga negritude.
vested interestkepentingan terletak hak;kepentingan diriSosiologiTiadaTiada
vested interestkepentingan terletak hak;kepentingan diriUndang-undangTiadaTiada
vested interestkepentingan terletak hak;kepentingan diriSejarahTiadaTiada
asylum (politic)suaka politikSains PolitikHubungan AntarabangsaPeraturan dalam sistem hubungan antarabangsa yang membenarkan sesebuah negara memberikan perlindungan kepada warganegara asing yang melarikan diri atas alasan politik. Hak perlindungan ini tertakluk kepada budi bicara negara pemberi perlindungan. Pengisytiharan hak asasi manusia oleh PBB juga memperakukan hak suaka politik kepada semua pelarian politik. Contohnya, Mesir memberikan suaka politik kepada pejuang kemerdekaan Morocco dan Algeria semasa penjajahan Perancis.
armed attackserangan bersenjataUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh yang melibatkan penggunaan angkatan bersenjata. Tindakan ini merupakan salah satu syarat bagi sesebuah negara menggunakan hak mempertahankan diri seperti yang disebut oleh Perkara 51 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam kes Nicaragua, ia ditakrifkan sebagai tindakan angkatan bersenjata yang menyeberangi sempadan antarabangsa atau tindakan menghantar kumpulan bersenjata atau askar upahan yang bertindak menyamai skala dan kesan tindakan angkatan bersenjata. Tindakan ini juga boleh melibatkan pembedilan dan pendudukan oleh tentera di wilayah negara yang diceroboh. Sasarannya boleh merangkumi wilayah darat dan laut, penduduk dan sebarang struktur yang terdapat di wilayah negara tersebut. Serangan bersenjata terhadap warganegara di luar negara lazimnya tidak dianggap sebagai serangan bersenjata seperti dalam maksud Perkara 51. Serangan bersenjata oleh pengganas boleh menepati takrifan tersebut jika pengganas itu mewakili sesebuah negara, dan skala dan kesan serangan pengganas itu menyamai tindakan angkatan bersenjata sesebuah negara.
kafalah bil nafsjaminan diriPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs.
‘aqd isqatahakad pengguguranPerniagaan IslamTiadaAkad untuk menggugurkan sesuatu hak, sama ada berbayar atau tidak. Akad pengguguran tanpa bayaran dikenali sebagai ‘aqd isqat mutlaqah, iaitu akad pengguguran mutlak. Contohnya, pemiutang menggugurkan tanggungan pembayaran hutang yang wajib dibayar oleh penghutang. Akad pengguguran berbayar dikenali sebagai ‘aqd isqat mu‘awadah, iaitu akad pengguguran dengan balasan. Contohnya, pemilik hak shuf‘ah menarik diri daripada memperoleh hak tersebut dengan mengenakan bayaran kepada rakan kongsi.
arbitrary detentionpenahanan sewenang-wenangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan pihak berkuasa mengurung seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penahanan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
personal injury coverageperlindungan kecederaan diriinsuransTiadaPerlindungan yang biasanya ditambah melalui endorsemen kepada polisi liabiliti am, terhadap libel,fitnah, silap tangkap dan ceroboh hak peribadi.
12

Kembali ke atas