Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ma] | هام

Definisi : 1. kutu pd ayam; 2. penyakit tumbuh-tumbuhan: ~ padi; 3. = ~ penyakit kuman penyakit; kena ~ kejangkitan kuman pe­nyakit; 4. bp sesuatu yg sangat kecil atau sedikit: se~ pun sayangku tak berubah; berhama ada hama pd tubuhnya (bkn ayam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ma] | هام

Definisi : 1 = ~ penyakit kuman yg menyebabkan penyakit. 2 kutu yg terdapat pd bulu atau pd tubuh ayam. 3 haiwan perosak yg seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hama (kata nama)
Bersinonim dengan kuman, kutu, aba-daba.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scabicideskabisidFarmasiFarmakologi1.Berkaitan dengan memusnahkan hama gatal, iaitu Sarcoptes scabiei. 2.Bahan atau drug yang mampu membunuh hama gatal, Sarcoptes scabiei.Drugjenisinidigtmabn secara topikal melalui sapuan pada tempat jangkitan dan disediakan berasaskan losyen atau krim. Kesemua drug dari kumpulan ini mempunyai potensi untuk menyebabkan kesan toksik dan kerengsaan pada kulit. Oleh itu, bahan ini perlu digunakan dengan berhati-hati khususnya semasa merawat kanak-kanak. Contoh skabisid ialah krotamiton dan lindana.
red mitehama merahPertanianTiadaTiada
yellow tea mitehama kuning tehPertanianTiadaTiada
red spider mitehama merahPerhutananTiadaTiada
scabiesskabiesPerubatanTiadaPenyakit kulit disebabkan jangkitan hama Sarcoptes scabiei. Ciri skabies antaranya ialah papul merah yang gatal, biasanya terdapat di groin, kulit antara jari-jari tangan, penis dan puting.
plant pestperosak tanamanPertanianAgronomi

Serangga atau haiwan yang mengakibatkan kemusnahan kepada tanaman. Perosak tanaman terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu vertebrat dan invertebrat. Contoh perosak vertebrat ialah tikus, tupai, gajah dan babi hutan, manakala perosak invertebrat pula ialah belalang, kumbang, anai-anai, kutu daun, hama dan nematod. Kerosakan akibat perosak tanaman boleh berlaku pada semua peringkat perkembangan organ tanaman dan hasilan.

carunclekarunkelBiologiHistologi dan Sitologi1. Bonggol daging yang terbuka. 2. Jasad kecil berbentuk kon pada tempat pertemuan antara bahagian atas dengan bawah kelopak mata. karunkula lakrimalis. 3. Jambul yang terdapat pada kepala burung dan beluncas. 4. Struktur berbentuk seperti omboh pada asetabulum Cephalopoda dibrankiat. 5. Cakera hisap yang terdapat pada farsus hama/tungau. 6. Strofiol. 7. Bekas himen yang koyak membulat (karunkyula himenale).
Entada rheediibeluruHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis memanjat dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai akar beluru dan sintok. Beluru biasanya tumbuh liar di pinggir hutan, tebing sungai dan kawasan berhampiran laut. Daunnya jenis majmuk. Buahnya jenis kekacang leper, panjang dan besar. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat kembung perut. Batang yang telah dilumatkan digunakan sebagai syampu rambut untuk membunuh kutu dan hama. Air rendaman atau rebusan batang disapukan pada kulit untuk merawat kulit yang gatal dan bersisik. Air rebusan batang diminum untuk merawat cirit-birit. Biji separuh masak yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk mencuci rambut, dan dibuat pupuk untuk merawat buasir dan sakit perut. Biji yang telah dibakar dimakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci badan, mengubati sakit perut dan merangsang muntah. Air batangnya boleh diminum mentah, minyak bijinya digunakan sebagai minyak pelita, daun mudanya boleh dimakan, dan batangnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk menuba ikan.

Kembali ke atas