Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pas] | هامڤس

Definisi : 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pas] | هامڤس

Definisi : sisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampas (kata nama)
Bersinonim dengan sisa, baki, kerdak, keladak, latak, endap-endap, sepah, semperah, bahan buangan.,

Puisi
 

Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
bagasse pithempulur hampas tebuempulur hampas tebuempulur hampas tebuPenternakan
cake breakerpemecah hampasTiadapemecah hampasPertanian
bagasseampas tebuhampas tebuhampas tebuPertanian
bagassebagas, ampas tebuhampas tebuhampas tebuPenternakan
palm kernel cakebungkil kelapa sawithampas isirong sawithampas kelapa sawitPenternakan

Kembali ke atas