Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pas] | هامڤس

Definisi : 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pas] | هامڤس

Definisi : sisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampas (kata nama)
Bersinonim dengan sisa, baki, kerdak, keladak, latak, endap-endap, sepah, semperah, bahan buangan.,

Puisi
 

Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hampassisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hampas lanartahi bijih (lodak);Kamus Dewan Edisi Keempat
hampas1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang.Kamus Dewan Edisi Keempat
hampassisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu.Kamus Pelajar
keladakhampas yg mendap ke bawah air: ~ kopi hampas kopi yg mendap ke bawah. berkeladak berisi keladak; kotor kerana berisi keladak: Air di dlm tempayan itu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keladakhampas yg mendap ke bawah air: ~ kopi hampas kopi yg mendap ke bawah. berkeladak berisi keladak; kotor kerana berisi keladak:Air di dlm tempayan itu ~.Kamus Pelajar
keladakhampas (kotoran dll) yg mendap ke bawah air; ~ minyak (kopi dll) hampas minyak (kopi dll) yg mendap ke bawah; ~ perut a) najis (tahi) yg akhir sekali keluar dr orang yg akan meninggal; b) ki anak yg penghabisan; berkeladak mengandungi keladak, kotor kerana keladak: air kapur dlm balang itu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahi1 hampas makanan yg keluar dr dlm perut manusia atau binatang me­lalui dubur: ~ ayam; ~ lembu. 2 berbagai-bagai benda yg dianggap sbg hampas (sisa, keladak, kotoran, karat dll): ~ mata; ~ bijih. 3 ki orang yg suka melakukan sesuatu: ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ judi orang yg suka bermain judi. ~ bintang benda bercahaya yg kelihatan di angkasa, yg bergerak dgn lajunya. ~ lalat a. bintik hitam pd kulit. b. bintik (-bintik) hitam pd pakaian. ~ minyak sisa drpd santan yg dimasak setelah minyaknya diperoleh; kerak minyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tahi I1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengan­dungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuang­kan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga.Kamus Dewan Edisi Keempat
cirit1. tahi cair; 2. keladak, endap-endap, hampas; 3. = ~-birit sakit terberak-berak; ~ bintang tahi bintang, bintang beralih (gugur); ~-birit (-mirit) (sakit) terberak-berak atau buang-buang air; ~ kopi (madat, minyak) keladak atau hampas kopi (madat, minyak); menghendakkan ~ harimau tergantung di ekornya prb menginginkan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; termakan (di) ~ berendang prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai (mengikut sahaja apa kata) orang; mencirit terberak cair; menciriti mengeluarkan cirit di, mengotori dgn cirit: maka ia turun ke kolam hamba yg dua buah itu lalu diciritinya kolam itu kedua-duanya; menciritkan memberakkan; ~ tunjang Mn beranak; tercirit terkeluar cirit, terberak cair.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas