Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pas] | هامڤس

Definisi : 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pas] | هامڤس

Definisi : sisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampas (kata nama)
Bersinonim dengan sisa, baki, kerdak, keladak, latak, endap-endap, sepah, semperah, bahan buangan.,

Puisi
 

Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bagassehampas tebuPertanianAgronomi

Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah batang tebu diperah bagi mendapatkan cecair untuk dijadikan gula. Sesebuah kilang memproses tebu biasanya menghasilkan 30 peratus hampas tebu daripada tebu segar yang diproses. Hampas tebu mempunyai pelbagai kegunaan seperti menjadi bahan bakar dalam kilang gula atau medium untuk pengeluaran cendawan. Hampas tebu juga digunakan untuk membuat kertas.

brewer’s grainhampas bruVeterinarTiadaHasil sampingan dalam industri pembuatan bir, yang menjadi sumber protein dan karbohidrat untuk makanan ternakan ruminan. Dalam pembuatan bir, barli digunakan sebagai bahan utama yang difermentasikan. Hampas yang terhasil daripada proses ini dipanggil hampas bru. Kandungan protein kasar dalam hampas bru ialah di sekitar 27% dengan kandungan tenaga metabolisme sebanyak 2400 kal/g.
sago by-producthasil sampingan saguVeterinarTiadaHasil sampingan yang diperoleh daripada perusahaan sagu. Hasil-hasil tersebut terdiri daripada hampas dan buangan kanji. Hampas sagu mengandungi tenaga dan protein yang rendah manakala kandungan serabutnya sangat tinggi. Bahan ini hanya sesuai untuk diberi makan pada ternakan ruminan pada kadar kurang daripada 10%. Manakala, buangan kanji mempunyai kandungan tenaga yang tinggi tetapi kandungan protein dan serabutnya rendah. Bahan ini boleh dijadikan sumber tenaga untuk ternakan. Nama saintifik sagu: Metroxylon spp.
hampasmarcFarmasiTiadaTiada
cotton lintershampas kapas pendek (PEM.MAN)SosiologiTiadaHampas kapas pendek: Serat kapas yang pendek yang melekat pada biji kapas dan menjadi sumber selulosa dalam penghasilan sesetengah rayon.
disposal of tailingpelupusan hampasKejuruteraanTiadaProses membuang hampas yang tidak berguna atau tidak berharga daripada loji pemprosesan mineral.
agricultural wastesisa pertanianPertanianAgroteknologiBahan yang diperoleh daripada sisa tanaman dan ternakan selepas penuaian atau pemprosesan hasil utama. Bahan ini termasuklah jerami padi, kulit koko, hampas isirung kelapa sawit, hampas nanas serta sisa ternakan seperti najis haiwan dan sisa rumah sembelih. Sisa pertanian seperti ini boleh dimanfaatkan untuk pertanian sebagai makanan ternakan atau baja organik. Selain itu, sisa pertanian boleh terdiri daripada bahan kimia seperti racun rumpai, kulat, serangga, baja kimia dan bahan asing seperti sisa plastik. Sisa seperti ini menjadi masalah pencemaran persekitaran dan perlu diuruskan dengan cekap.
Coconut cakeHampas kelapaPertanianAgronomi

Bahan sisa pertanian yang terhasil setelah minyak kelapa diekstrak daripada isi kelapa. Hampas kelapa biasanya digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu dan kambing kerana mengandungi minyak dan protein.

palm kernel mealmil isirung kelapa sawitVeterinarTiadaBahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah dari isirung kelapa sawit. Hampas yang berbentuk kek selepas diperah minyak dikisar supaya menjadi habuk atau mil. Lihat juga hampas isirung kelapa sawit.
palm kernel cakehampas isirung kelapa sawitVeterinarTiadaBahan sampingan yang dihasilkan selepas minyak diperah daripada isirung kelapa sawit. Bahan ini berbentuk kek kesan daripada proses perah asak atau ekstraksi pelarut. Kandungan minyak bahan ini yang terhasil melalui proses perah asak ialah sebanyak 5-8%, manakala yang dihasilkan melalui ekstraksi pelarut ialah 2-4%. Selain itu, bahan ini juga mengandungi protein kasar sebanyak 18-20% dan tenaga metabolisme 10.5 MJ/kg untuk keperluan ternakan ruminan, manakala untuk ayam ialah antara 6-8 MJ/kg. Kandungan serabut dalam bahan ini pula ialah lebih kurang 17-18% dan terdiri daripada polisakarida galaktomanan. Di Malaysia, bahan ini menjadi makanan konsentrat utama untuk ternakan seperti lembu dan kambing. Untuk keperluan lembu, bahan ini boleh diberi sehingga 80% dalam rangsum makanan, tetapi sebaliknya untuk ayam dan itik hanya 15-20% sahaja. Walau bagaimanapun, bahan ini turut mengandungi 28 ppm kuprum dan merupakan aras yang tinggi yang boleh menyebabkan keracunan pada ternakan seperti biri-biri. Bahan ini turut mempunyai kandungan fosforus yang tinggi manakala kandungan kalsiumnya pula rendah dengan nisbah Ca:P = 2:5. Hampas isirung kelapa sawit ini juga kerap dijadikan sebagai bahan eksport ke Eropah untuk keperluan lembu tenusu.
123456

Kembali ke atas