Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.tu] | هنتو

Definisi : 1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kera­sukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tu] | هنتو

Definisi : ; burung ~ 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan, Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning, Ketupa ketupu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tu] | هنتو

Definisi : 1 roh yg kononnya jahat lagi menakutkan dan dipercayai terdapat di tempat-tempat tertentu: ~ air; ~ bungkus; ~ jembalang; ~ syaitan. 2 ki orang yg sangat jahat atau sangat buruk. ~ judi orang yg suka bermain judi. berhantu ada hantunya: Rumah itu ~. meng­hantu 1 menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2 ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. meng­hantui menyebabkan atau me­nimbulkan rasa tidak tenteram atau gelisah; mengganggu; mengusik: Dia cuba menghilangkan perasaan takut yg ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantu (kata nama)
1. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,

Kata Terbitan : berhantu, menghantui,

Puisi
 

Apa benda di tepi hutan,
     Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
     Jangan berani belayar lautan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Burung hantu kesiangan.

Bermaksud :

Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stool-pigeon 3. (sl) informer (esp for the police) hantu (polis): the police have their ~s inside the organization, pihak polis mempunyai hantu-hantu dlm pertubuhan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stalk 2 2. move silently and threateningly through, a. (of ghost) merayau(-rayau) (di): the phantoms that ~ the old house on moonless nights, hantu-hantu yg merayau di rumah tua itu pd malam-malam yg tdk berbulan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
phantomn 1. apparition, ghost, hantu: he stared at her as though she was a ~, dia merenungnya seolah-olah dia hantu; a ~ horseman, hantu penunggang kuda; 2.st that exists only in o’s imagination, illusion, bayang-bayangan, khayalan: she was disturbed by ~s in her sleep, dia diganggu bayang-bayangan semasa tidur; I keep hearing ~ footsteps in my mind, saya asyik mendengar bunyi tapak kakiKamus Inggeris-Melayu Dewan
deviln 1. (theol) The D~, Iblis; 2. evil spirit, syaitan; 3. ghost, hantu; 4. wicked person, hantu: he’s an absolute ~, dia hantu betul; 5. (colloq) high-spirited person, (orang yg) nakal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spectre n 1. ghost, apparition, hantu: the castle was haunted by ~s from the past, kota itu diganggu hantu dr zaman lampau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spectral adj (fml) 1. ghostly, /spt, macam/ hantu: a ~ voice was heard wailing, suara meraung spt suara hantu dapat didengar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apparitionn 1. appearance (esp of ghost, spirit) penjelmaan; 2. ghost, hantu, lembaga: the ~ that stalks the corridors of the old castle, hantu yg merayau-rayau di koridor istana kota tua itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
phantomkhayalan dlm benak saya; ~ pregnancy, kehamilan fantom; 3. (attrib), (jocular) mysterious, hantu: the ~ wine drinker has been here again, the cellar is half empty, tentu hantu yg meminum wain itu telah datang lagi, kini tempat menyimpan wain itu telah hampir kosong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ghostn 1. spirit of dead person, (regarded as benevolent) roh; (regarded as malevolent) hantu: the ~ of Hamlet’s father appeared before him, roh bapa Hamlet menjelma di hadapannya; ~ stories, cerita-cerita hantu; 2. (liter.) faint trace, bayangan: the ~ of a smile, bayangan senyuman; haven’t (got) the ~ of a chance, (colloq) tak ada can langsung: you haven’t the ~ of a chance of marrying her, kamu tak ada can langsung utk kahwin dgn dia; 3. see GHOST-WRITER;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
poltergeistnhantu poltergeist.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas