Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.sad] | حسد

Definisi : Ar = ~ dengki; 1. dengki, cemburu (disertai niat jahat); 2. kedengkian, kecem­buruan (yg disertai niat jahat); berhasad = ~ dengki menaruh perasaan dengki (cemburu dgn niat jahat): umat Islam dilarang ~ dengki sesama sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.sad] | حسد

Definisi : perasaan iri hati kerana orang lain kaya, berpangkat dll; cemburu; dengki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasad (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dengki, cemburu, iri hati, busuk hati, berbulu, jahat hati, khisit, hasud, bingit.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, kenapakah kamus ada istilah "hasad dengki" padahal kedua-dua kata itu menyampaikan maksud yang sama? Apakah ada perbezaan makna antara hasad dan dengki? Harap jangan "copy-paste" definisi kamus dalam jawapan. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, “hasad” bermaksud niat dan keinginan untuk melakukan atau memperoleh sesuatu atau hasrat dan “dengki” bermaksud tidak suka pada seseorang kerana cemburu akan kelebihan yang dimiliki. Manakala “hasad dengki” pula bermaksud sangat iri hati terhadap kelebihan dan kejayaan seseorang, biasanya disertai dengan niat jahat.Makna11.10.2022
Assalamualaikum, Adakah perkataan spyware dan malware boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Jika tidak, apakah padanan BM bagi 'spyware' dan 'malware'? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk spyware ialah perisian intip dan istilah bahasa Melayu untuk malware ialah perisian hasad.Istilah06.01.2011
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009

Kembali ke atas