Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1. tidak keruh, jernih, bening: air yg ~ mengalir dr bukit; 2. sunyi senyap, diam, sepi, lengang: suasana begitu ~, sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya; mengheningkan 1. menjadikan hening, men­jernihkan: ~ minyak yg kotor; masanya sudah tiba utk ~ suasana yg keruh itu; 2. mendiamkan, menyenyapkan (keriuhan dll): lebih baik diheningkan saja kebisingan itu; 3. berdiam diri mengenangkan sesuatu; ~ cipta bertafakur, bersemadi; keheningan keadaan hening, kejernihan, kesunyian: jeritnya menggegar ~ malam; pengheningan perihal mengheningkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[he.ning] | هنيڠ

Definisi : 1 tidak keruh (bkn air dsb); jernih; bening: Air yg ~ itu mengalir dr bukit. 2 sunyi senyap; sepi; lengang: Suasana pd malam itu begitu ~ dan sungguh tenteram. mengheningkan 1 menjadi­kan hening (tidak keruh); menjernihkan: ~ minyak yg kotor. 2 menjadikan sunyi sepi; menyenyapkan: Dia segera ~ keadaan yg riuh-rendah itu. ~ cipta berdiam diri utk berfikir dll; bertafakur. ke­heningan 1 keadaan hening; kejernihan. 2 keadaan lengang atau sepi; kelengangan; kesepian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hening (adjektif)
1. Bersinonim dengan jernih: bening, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan keruh

2. Bersinonim dengan sunyi: senyap, lengang, sepi, tenang, damai, aman, tenteram, antap,
Berantonim dengan bising

Kata Terbitan : mengheningkan, keheningan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water whitekaca heningFizikTiadaTiada
neutron lifetime loglog masa reput termaKejuruteraanPetroleumLog telaga yang merekodkan data pengukuran yang diperolehi daripada proses penembakan neutron secara gugus demi gugus ke dalam formasi. Setiap tembakan diselangi dengan masa hening, iaitu neutron dipancutkan sehingga secara keseluruhannya fenomenon yang terjadi ialah denyut-denyut neutron masuk ke dalam formasi. neutron ini dikeluarkan oleh penjana neutron. Log-log telaga yang termasuk dalam jenis ini ialah log masa reput terma, log tempoh hayat neutron dan log sinar gama spektrum teraruh.

Kembali ke atas