Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak; ~-bangar = ~ bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk; menghingari mengganggu orang dgn mem­buat bising: jangan ~ budak kecil yg sedang tidur itu; menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan: jeritan kanak-kanak itu sungguh ~; kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg meng­gamatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar peng­umuman yg dibuat. ~-bangar, ~ bingar bising sekali; riuh-rendah; hiruk-pikuk: Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. menghingar­kan menimbulkan suasana hingar; membisingkan: Jerit pekik budak-budak nakal itu ~ lagi suasana di dlm dewan. kehi­ngaran keadaan hingar: ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingar (adjektif)
Bersinonim dengan bising, riuh, bingar, kecoh, ribut, gempar, gamat, gegak, honar, hiruk, bebar, taru;,
Kata Terbitan : hingar-bangar, menghingarkan, kehingaran,

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
interference noisehingarhingarhingarKomunikasi Massa
acoustic noisehingar akustikhingar akustikhingar akustikPerubatan
extraneous noisesuara ekstra/hingar tambahanhingar tambahanhingar tambahanKomunikasi Massa
broadband noisederau pita lebar/hingar pita lebarhingar jalur lebarhingar jalur lebarKejuruteraan
noisederauhingarhingarAeroangkasa
noisederauhingarhingarFizik
noisygaduhhingarhingarKomunikasi Massa
quantization noisederau kuantisasihingar pengkuantumanhingar pengkuantumanTeknologi Maklumat
color noisederau warnahingar warnahingar warnaTeknologi Maklumat
ambient noisederau ambienhingar ambienhingar ambienTeknologi Maklumat
12345

Kembali ke atas