Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: majlis itu ~ dgn suara orang bercakap-cakap dan bertepuk sorak; ~-bangar = ~ bingar sangat bising, riuh-rendah, hiruk-pikuk; menghingari mengganggu orang dgn mem­buat bising: jangan ~ budak kecil yg sedang tidur itu; menghingarkan menimbulkan suasana yg hingar, membisingkan: jeritan kanak-kanak itu sungguh ~; kehingaran keadaan yg hingar, kebisingan: ~ itu dibauri dgn jerit pekik yg meng­gamatkan (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ngar] | هيڠر

Definisi : sangat bising: Suasana ketika itu begitu ~ hingga sukar utk mendengar peng­umuman yg dibuat. ~-bangar, ~ bingar bising sekali; riuh-rendah; hiruk-pikuk: Semua orang berteriak-teriak sehingga suasana menjadi ~. menghingar­kan menimbulkan suasana hingar; membisingkan: Jerit pekik budak-budak nakal itu ~ lagi suasana di dlm dewan. kehi­ngaran keadaan hingar: ~ di pasar itu membuat dia tidak selesa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hingar (adjektif)
Bersinonim dengan bising, riuh, bingar, kecoh, ribut, gempar, gamat, gegak, honar, hiruk, bebar, taru;,
Kata Terbitan : hingar-bangar, menghingarkan, kehingaran,

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aerodyanmic soundbunyi areodinamikFizikAkustikBunyi yang disebabkan proses aliran udara seperti bunyi siren, hingar penyaman udara dan hingar jet. hingar aliran.
shot noisehingar tembakFizikNanoteknologiHingar elektronik atau fotonik yang dihasilkan oleh perubahan rawak sebilangan zarah yang membawa tenaga. Hingar tembak juga terjadi dalam sistem optik disebabkan oleh turun naik foton. Hingar tembak menimbulkan masalah dalam sistem apabila arus elektrik adalah kecil atau keamatan cahaya yang rendah.
noise figureangka hingarAeroangkasaTiadaPetunjuk kepada kadar hingar yang telah mempengaruhi satu isyarat setelah melalui sesuatu peranti. Juga boleh diwakilkan dengan nisbah isyarat-hingar keluaran berbanding dengan isyarat-hingar masukan.
absorption mufflerperedam bunyi penyerapanKejuruteraan AutomotifEnjinAlat dalam sistem ekzos yang membenarkan gas hasil pembakaran mengalir melaluinya untuk memperlahan hingar ekzos. Hingar ini terjadi daripada luruan gas bertekanan tinggi yang keluar dari kebuk pembakaran sebaik sahaja injap ekzos dibuka. Alat ini terdiri daripada bekas yang mengandungi laluan berlubang dan kebuk yang laluannya bersekat. Sinonim penyenyap, peredam bunyi.
masking noisehingar topengKejuruteraanTiadaHingar yang lebih kuat untuk menutupi hingar yang tidak diingini.
modulation noisehingar modulatanKejuruteraanTiada1. Hingar yang terjadi disebabkan oleh isyarat utama.,2. Hingar yang dihasilkan semasa main balik pita bersamaan dengan fungsi amplitud isyarat.
Johnson noisehingar JohnsonKejuruteraanTiada

1. Hingar yang dijana oleh perintang pada suhu di atas sifar mutlak. Sin hingar terma.

,2. Bunyi gorengan yang dihasilkan oleh voltan-voltan pengadukan terma yang dijana pada litar-litar penguat
noise controlkawalan hingarKejuruteraanTiadaKawalan untuk memastikan hingar berada pada aras yang boleh diterima, seperti mengawal sumber hingar untuk melindungi pendengar.
ambient noisehingar ambienTeknologi MaklumatTiadaParas hingar yang wujud pada setiap masa di persekitaran sesuatu tempat/bilik. Paras ini selalunya diukur dalam unit desibel. Selalunya paras hingar di bilik rakaman dikehendaki berada di paras sifar.
carrier to noise rationisbah pembawa-hingarAeroangkasaTiadaNisbah di antara kuasa pembawa dengan kuasa hingar dalam unit dBw. Semakin tinggi nilai nisbah pembawa hingar, penerimaan video yang diterima adalah lebih baik.
12345678910...

Kembali ke atas