Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ia.i.tu] | ياءيت

Definisi : kata yg digunakan utk menentukan atau menjelaskan apa yg tersebut sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ia.i.tu] | ياءيت

Definisi : kata yg digunakan utk menentukan atau menjelaskan apa-apa yg tsb sebelumnya: Mereka bertiga, ~ Amin, Asrul dan Zaim, telah pergi berkelah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah tepat? 1) tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak; atau 2) tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak. Penggunaan koma sebelum iaitu. Terima kasihTanda koma boleg digunakan sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan "iaitu", "yakni", "misalnya" . Contoh ayat " Banjir besar berlaku di tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak."Tatabahasa13.04.2018
Adakah koma (,) perlu diletakkan selepas perkataan iaitu? Sekiranya ya, dalam situasi apakah koma perlu diletakkan selepas perkataan iaitu?

Tidak. Penggunaan tanda koma (,) yang betul adalah sebelum kata iaitu untuk memisahkan ayat induk daripada keterangan tambahan yang mengikutinya yang bermula dengan kata iaitu, yakni, misalnya, contohnya, atau seumpamanya. Contoh ayat: Ada dua warna yang menjadi pilihannya, iaitu merah jambu dan hijau tua.

Tatabahasa13.08.2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya berkaitan salah satu kata tugas iaitu kata bantu ragam 'boleh' dan 'dapat'. Adakah kata bantu ragam 'boleh' mendukung dua makna iaitu keupayaan dan keizinan atau hanya mendukung satu makna sahaja iaitu keizinan? Perkara ini membuatkan saya keliru dalam menerima ayat daripada murid sama ada ia boleh dikategorikan sebagai 'betul teta[i kurang tepat' atau 'salah' dalam menggunakan kata bantu ragam 'boleh' kerana berdasarkann pembacaan saya, terdapat pandangan yang berbeza berkaitan makna kata bantu ragam 'boleh' ini yang mana ada pendapat yang menyatakan kata bantu “boleh” membawa kedua-dua maksud, iaitu “keizinan” dan “kemampuan”, manakala ada yang menyatakan bahawa “boleh” hanya berkaitan dengan “keizinan”, tidak kurang juga ada yang menunjukkan pendirian yang tidak jelas, iaitu “asalnya berbeza” tetapi bergantung pada konteks penggunaannya. Contoh ayat: 1. Dia sudah boleh berjalan 2. Kita boleh berjaya sekiranya kita berusaha. Adakah dua ayat di atas adalah BETUL TETAPI KURANG TEPAT atau SALAH?Kata bantu ragam 'boleh' merujuk dua makna iaitu keupayaan dan keizinan. Oleh yang demikian, kedua-dua contoh ayat  yang diberikan adalah betul.Tatabahasa26.02.2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya berkaitan salah satu kata tugas iaitu kata bantu ragam 'boleh' dan 'dapat'. Adakah kata bantu ragam 'boleh' mendukung dua makna iaitu keupayaan dan keizinan atau hanya mendukung satu makna sahaja iaitu keizinan? Perkara ini membuatkan saya keliru dalam menerima ayat daripada murid sama ada ia boleh dikategorikan sebagai 'betul tetapi kurang tepat' atau 'salah' dalam menggunakan kata bantu ragam 'boleh' kerana berdasarkann pembacaan saya, terdapat pandangan yang berbeza berkaitan makna kata bantu ragam 'boleh' ini yang mana ada pendapat yang menyatakan kata bantu “boleh” membawa kedua-dua maksud, iaitu “keizinan” dan “kemampuan”, manakala ada yang menyatakan bahawa “boleh” hanya berkaitan dengan “keizinan”, tidak kurang juga ada yang menunjukkan pendirian yang tidak jelas, iaitu “asalnya berbeza” tetapi bergantung pada konteks penggunaannya. Contoh ayat: 1. Dia sudah boleh berjalan 2. Kita boleh berjaya sekiranya kita berusaha. Adakah dua ayat di atas adalah BETUL TETAPI KURANG TEPAT atau SALAH?

Waalaikumsalam,

Kata boleh dan dapat kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Namun begitu, kata boleh membawa unsur keizinan/kebenaran dan kemampuan( keupayaan) dan tidak menyalahi peraturan, manakala kata dapat lebih memberikan unsur keupayaan tetapi tidak membawa maksud keizinan. Secara keseluruhannya, kata boleh dan dapat boleh digunakan sebagai keupayaan, tetapi kata dapat tidak boleh bersinonim dengan kata boleh bagi rujukan kebenaran atau keizinan. Contoh ayat bagi kata dapat yang membawa maksud keupayaan dan kebolehan ialah “ Dapatkah anda menjawab soalan saya”, namun begitu, anda tidak boleh bertanya kepada guru seperti contoh “ Dapatkan saya ke tandas” kerana jawapan kepada soalan tersebut hanya memerlukan keizinan guru sahaja. Contoh ayat yang menunjukkan kata “boleh”  bersinonim dengan kata “dapat” ( yang menunjukkan keupayaan) ialah “kalau berusaha bersungguh-sungguh  kita boleh menang”, “Kalau berusaha bersungguh-sungguh, kita dapat menang. 
Kedua-dua contoh ayat “Dia sudah boleh berjalan” 2. “Kita boleh berjaya sekiranya kita berusaha” adalah betul.

Tatabahasa13.03.2019
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “glaced fruit” sebagai "glis buah" tetapi terdapat padanan bagi “glazed fruit” iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol.Mohon berikan soalan yang jelas agar pihak kami dapat membantu menyelesaikan persoalan dalam bahasa Melayu yang dihadapi oleh pihak tuan/puan.Lain-lain27.06.2021
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi istilah “glaced fruit” sebagai "glis buah". Apa yang kami dapati ialah istilah "glazed fruit” buah sahaja iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Inii kerana peruntukan seperti di bawah ini memberikan padanan "glaced fruit" sebagai "glis buah". Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. Apakah padanan yang diberikan iaitu "glaced fruit" sebagai "glis buah" adalah tepat.Hasil carian kami melalui Google, didapati bahawa perkataan "glace" ialah perkataan dalam bahasa Perancis atau juga dikenali sebagai "glazed" dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud glaze ialah menyepuh, mengglis atau menyadur. Maka terjemahan yang sesuai bagi glazed fruit ialah buah bersadur






 
Makna28.06.2021
Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak LemakAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.Lain-lain24.02.2019
Salam sejahtera. Apa yang saya harus buat jika singkatan "aku" iaitu "ku" bertemu dengan singkatan "tidak" iaitu "tak"? Contoh ayat: Ku tak ingin dia ragu. Adakah "ku" dan "tak" digabungkan?

Ayat yang baku ialah “Aku tidak ingin dia ragu.” Namun begitu, gabungan penggunaan “ku” dan “tak” iaitu “Kutak ingin dia ragu” dibenarkan dalam teks sastera.

Tatabahasa21.01.2023
perkataan ‘iaitu’ boleh guna di hadapan kata kerja?Untuk makluman, perkataan "iaitu" ialah kata hubung pancangan keterangan atau kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Klausa pula boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan sebagainya.Tatabahasa01.10.2020
Apakah jenis kata perkataan "iaitu" mahupun "yakni"?Untuk makluman tuan, "iaitu" dan "yakni" merupakan kata hubung.Tatabahasa03.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas