Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ia.lah] | اياله

Definisi : 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ia.lah] | اياله

Definisi : kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. Punca kemalangan itu ~ kecuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,

Peribahasa

Siapa makan cabai (= lada),
     ialah berasa pedas (= kepedasan).

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
implikasiimplicationSatu cadangan secara tidak langsung dalam penaakulan matematik. Tatatanda yang digunakan ialah =>. Contohnya, "Jika p ialah antejadian, q ialah akibat".Menengah Atas
akasconversePernyataan yang merupakan kebalikan bagi pernyataan yang lain. Contohnya, "Jika A dan B ialah nombor ganjil, maka hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil". Akasnya ialah "Jika hasil darab A dengan B ialah nombor ganjil, maka A dan B ialah nombor ganjil".Menengah Atas
ayat benartrue sentencePernyataan matematik yang benar. Contohnya, pernyataan "20 + 50 = 70" ialah ayat benar dan "42 ialah nombor ganjil" ialah ayat palsu.Menengah Atas
unit ukuranunit of measurementKuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim.Menengah Atas
pengkuantitiquantifierPernyataan yang menerangkan bilangan objek atau kes yang terlibat dengan sesuatu kejadian. Contohnya, n(A) = 10, bermakna bilangan unsur dalam set A ialah 10 dan n ialah pengkuantiti.Menengah Atas
jujukan nombornumber sequenceSatu susunan nombor dalam tertib tertentu. Contohnya, (i) Jujukan nombor ganjil ialah 1, 3, 5... ; (ii) Jujukan nombor bagi gandaan 5 ialah 5, 10, 15, 20, 25... ; (iii) Jujukan nombor kuasa dua sempurna ialah 1, 4, 9, 16, ... .Menengah Rendah
faktorfactorNombor, sebutan atau ungkapan algebra yang membahagi dengan tepat suatu nombor, sebutan atau ungkapan yang diberi. Contohnya, 4 ialah salah satu faktor bagi 12, 4x ialah salah satu faktor bagi 12x² dan (x + 1) ialah salah satu faktor bagi (x² – 1).Menengah Atas
pecahanfractionNombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. Nombor ditulis dalam bentuk dengan p ialah pengangka dan q ialah penyebut.Menengah Atas
indeks hargaprice index"Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas.Menengah Atas
songsang sisilaterally invertedPerihal imej cermin yang sebelah kanannya ialah objek, manakala sebelah kirinya ialah imej atau sebaliknya. Lihat rajahMenengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas