Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ia.lah] | اياله

Definisi : 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ia.lah] | اياله

Definisi : kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. Punca kemalangan itu ~ kecuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,

Peribahasa

Siapa makan cabai (= lada),
     ialah berasa pedas (= kepedasan).

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sexPadanan bahasa Melayu bagi istilah gay ialah homoseks, lesbian ialah lesbian, bisexual ialah dwiseksual, non-binary ialah bukan binari, queer ialah kuira, genderqueer ialah genderkuira, intersex ialah interseks, transgender ialah transjantina, cisgender ialah cisgender, gender ialah jantina atau gender, dan sex ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah11.02.2024
beza penggunaan ialah dan adalah
Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.
Tatabahasa06.11.2023
Apakah perbezaan besar antara penggunaan "Adalah" dan "Ialah" ? apakah jenis frasa di sebelum atau selepas Ialah/Adalah yang menentukan penggunaannya?

Kata pemeri "ialah" perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata "ialah" dan "adalah". Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah (FN+FN).

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264.

Tatabahasa15.11.2023
Peringatan ini adalah cetakan komputer atau Peringatan ini ialah cetakan komputer?Ayat yang betul ialah "Peringatan ini ialah cetakan berkomputer"Lain-lain05.07.2023
Salam, ayat yang manakah betul? Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm atau panjang A adalah sekurang-kurangya 50 cm. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm." Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama.

Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlmn. 263.
Tatabahasa25.09.2023
Salam, dalam ayat di bawah penggunaan ialah atau adalah yang lebih tepat? 1. Panjang AB ialah/adalah separuh daripada panjang CD. 2. Umur Ali ialah/adalah dua kali umur Abu.Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah  menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Maka ayat yang betul ialah:

1. Panjang AB adalah separuh daripada panjang CD.
2. Umur Ali ialah dua kali ganda umur Abu.
Tatabahasa07.07.2023
Kenapa ayat "Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa" betul? Selepas kata pemeri ialah tidak boleh hadir kata kerja. Ayat ini diambil daripada ruangan jawapan khidmat nasihat juga. Mohon penjelasan terima kasih.Kata pemeri ialah mesti diikuti kata nama, seperti Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Penggunaan kata pemeri "ialah" dalam ayat Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa, tidak tepat. Kami mohon maaf atas kekeliruan tersebut.Tatabahasa24.03.2024
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanya tentang soalah tatabahasa iaitu ialah dan adalah. Dalam pengetahuan saya, ialah digunakan dalam kata nama maniakaal adalah digunakan dalam kata adjektif dan kata sendi nama. Soalan: Warna beg ini ialah biru. Warna beg ini adalah biru. Ayat yang manakah adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti untuk merungkaikan soalan ini? Sekian, terima kasih ^^

Kata pemeri "ialah" digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.

 

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti frasa kerja dan frasa nama.

 

Ayat yang betul ialah “Beg itu berwarna biru.” Ayat ini merupakan ayat tunggal yang mengandungi hanya satu klausa, serta tidak memerlukan kata pemeri bagi melengkapkannya.

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2014) halaman 433, 263 dan 264 .

Tatabahasa05.03.2024
Bagaimana cara untuk mengeja peralatan jurutera kepada bahasa melayu. Sebagai contohnya Gear, Bearing, Inverter, Hoist, Burner, Boiler, Pulley dan CouplingPadanan bahasa Melayu bagi istilah gear ialah gear, bearing ialah galas, inverter ialah penyongsang, hoist ialah pengangkat, burner ialah penunu, boiler ialah dandang, pulley ialah kapi, dan coupling ialah pengganding. Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah23.11.2022
Tuan, Apakah ejaan sebenar "Geodataraya"? Adakah Geodataraya atau Geo-Dataraya?Ejaannya ialah geodata raya. Geo- ialah awalan asing berkaitan dengan bumi. Namun, frasa geodata raya belum terakam dalam mana-mana kamus terbitan DBP.Ejaan22.11.2023
12345678910...

Kembali ke atas