Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ia.lah] | اياله

Definisi : 1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ia.lah] | اياله

Definisi : kata yg digunakan utk menegaskan sesuatu pernyataan, mendahului penyebab atau keterangan dll: Orang yg dituduh itu ~ perempuan. Punca kemalangan itu ~ kecuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,

Peribahasa

Siapa makan cabai (= lada),
     ialah berasa pedas (= kepedasan).

Bermaksud :

Yang merasa tersindir, dialah yang berbuat pekerjaan yang disindirkan itu; yang berbuat salah akan merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa luka siapa menyiuk, siapa sakit siapa mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
usus kecilsmall intestineBahagian salur pencernaan yang terletak di antara perut dengan kolon. Bahagian ini terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. Jejunum ialah bahagian usus kecil yang terletak di antara duodenum dengan ileum, manakala ileum ialah bahagian bawah usus kecil. Salur ini juga ialah tempat penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
pHpHUkuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. Lihat RajahSekolah Rendah
akueusaqueousPerihal larutan yang pelarutnya ialah air. Contohnya, larutan akueus natrium klorida disediakan dengan melarutkan natrium klorida ke dalam air.Menengah Rendah
larutan akueusaqueous solutionLarutan yang pelarutnya ialah air.Menengah Rendah
larvalarvaSatu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat RajahMenengah Rendah
larutan akueusaqueous solutionLarutan sebatian ion yang pelarutnya ialah air.Menengah Atas
segi empat tepatrectangleBentuk segi empat yang keempat-empat sudutnya ialah sudut tepat, 90°. Lihat RajahSekolah Rendah
alkoholalcoholSebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contoh alkohol ialah metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan asas bagi penyediaan sebatian organik lain.Menengah Rendah
kilowatt-jamkilowatt-hourUnit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam.Menengah Atas
ammeterammeterAlat untuk menyukat arus elektrik. Dua jenis ammeter yang biasa digunakan ialah ammeter gegelung bergerak dan ammeter besi bergerak. Lihat RajahMenengah Rendah
12345

Kembali ke atas