Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S.

Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S

Tatabahasa28.09.2021
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, perĀ­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021
Salam, ayat yang manakah betul? Beza masa di antara/antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam.Kata sendi nama “antara” berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh didahului oleh kata sendi nama “di”, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak. Kata sendi nama “antara” tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan “dan”, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama “dengan”.

Contoh ayat:

  1. Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak
  2. Perbezaan antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata.
  3. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya.
  4. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.


Cadangan jawapan:

Beza masa antara Malaysia dengan Jepun ialah 1 jam.


Tatabahasa12.07.2023
Salam sejahtera tuan. Saya ingin bertanyakan kekeliruan penggunaan frasa sendi nama 'pada masa kini'. Yang betulnya ialah 1. pada masa ini 2. kini Dengan berdasarkan maksud dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua hlm. 407, 'kini' bermaksud sekarang ini atau masa ini. Soalannya Bukankah bentuk frasa sendi nama yang tepat seharusnya pada kini kini=masa ini pada kini=pada masa ini Namun demikian, pengguna bahasa sering menggunakan bentuk 'kini' sebagai pembetulan bagi bentuk 'pada masa kini'. mohon penjelasan daripada pihak tuan ya. Jasa tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Untuk makluman, "pada masa kini" dan "pada masa ini" membawa maksud yang sama. Sungguhpun begitu, penggunaannya berbeza mengikut konteks ayat. Contoh:

a. Pada masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri daripada 80% jumlah output industri.
b. Muzik dangdut masih mempunyai peminat pada masa kini.
Tatabahasa04.01.2021
Assalamualaikum wrm. wbt. Saya mewakili jabatan saya ingin memohon kod utk penerbitan buku (ISBN). Bagaimana caranya? Buku tersebut ialah: 1) Kamus Kompetensi JAKIM 2) Training Roadmap JAKIM (2020-2025) Mohon perhatian dan tindakan tuan. Sekian, terima kasih.Assalamualaikum Puan budiman, Untuk mendapatkan nombor ISBN, puan bolehlah mendapatkannya daripada daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) penerbit atau penulis boleh terus memohon ISBN daripada PNM. Semua judul buku layak dipertimbangkan untuk diberikan ISBN selagi memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sila layari portal rasmi PNM untuk maklumat lanjut dan borang permohonan. Terima kasih.Lain-lain21.10.2020
Salam sejahtera. Soalan saya ialah adakah kata "pewajar" boleh digunakan untuk menterjemahkan kata bahasa Inggeris "realist" berbanding terjemahan sedia ada "realis"?Realis ialah 1. orang yg berpegang pada kenyataan; 2. penganut (pengikut) faham realisme (dalam kesenian dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)Lain-lain19.10.2021
Salam Mohon tuan perbetulkan penggunaan jawatan di bawah, yang mana satu betul? 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercarum 2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bercaruman Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah 1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan BercarumTatabahasa09.05.2023
Ayat manakah yang betul : 1. Saya ingin berkongsi/ mengongsikan / mengongsi pengalaman saya dengan awak. 2. Saya ingin berkongsi/ mengongsikan/ mengongsi dengan awak sebuah cerita.Ayat yang betul ialah: 1. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan awak; 2. Saya ingin berkongsi dengan awak sebuah cerita. Tatabahasa01.12.2021
Manakah istilah yang sesuai bagi merujuk proses mengenakan penalti kepada pihak-pihak tertentu disebabkan lewat membuat pembayaran? Sebagai contoh, lewat membuat pembayaran cukai. 1. Pengenaan penalti 2. Kenaan penaltiPerkataan yang sesuai ialah: 1. Pengenaan penaltiMakna10.08.2022
Saya ingin menanyakan maksud PENGAKAP (scout) High Clifford pernah mengatakan Dato' Bahaman ialah pengakap terhandal di Tanah Melayu. Apakah yang dimaksudkan dengan pengakap?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "pengakap" ialah 1. persatuan beruniform yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja, yang mengajar mereka membentuk sikap berdikari dan berperwatakan baik; 2. anggota persatuan ini; 3. orang yang mengintip seseorang atau sesuatu di sesuatu tempat untuk mencari atau mendapatkan maklumat.Makna24.12.2022
12345678910...

Kembali ke atas