Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAAT

Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk

mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s.

Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan

satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan

24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400

daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut,

60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60

minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi

kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000

daripada satu bulatan.

UMUM 
OCTILLION

Octillion. Di United Kingdom, satu octillion ialah

1 diikuti oleh 48 sifar. Di Perancis dan Amerika

Syarikat, octillion ialah 1 diikuti oleh 27 sifar. Lihat

juga Sistem perpuluhan (Sistem perpuluhan dan

bilangan nombor).

UMUM 
ASOSIASI

Asosiasi dalam psikologi merujuk kepada satu

teori bagaimana kita mempelajari sesuatu. Tiga

hukum asosiasi teori ini cuba menjelaskan

bagaimana seseorang mengaitkan

pengalamannya. Hukum itu ialah (1) hukum

kehampiran, (2) hukum keserupaan, dan

(3) hukum pertentangan.

UMUM 
TANDU

Tandu ialah alat seperti usungan yang digunakan

oleh orang Cina dan orang Jepun sejak bertahun-tahun,

seperti orang Barat menggunakan teksi.

Penumpangnya duduk atau baring dalam tandu yang

berbentuk kotak, yang panjangnya kira-kira 2.5 meter,

manakala lebar dan tingginya ialah 1 meter. Sisi tandu

berpintu. Struktur ini tergantung pada dua batang

tandu yang dipikul oleh empat orang.

UMUM 
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
DARJAHDarjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil

ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit

ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah

(1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan

dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan

lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud)

ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah.

Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60

unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula

dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah

cabang matematik seperti trigonometri, sudut

diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian.

UMUM 
MEMBRU

Membru ialah proses yang digunakan untuk

membuat sesetengah minuman alkohol,

terutamanya bir. Ramuan utama yang digunakan

untuk membuat bir yang biasa ialah barli, hop,

ragi, dan air. Kadang-kadang bijian yang lain juga

digunakan. Semua pembuat bir menggunakan

proses asas yang sama, iaitu mempelbagaikan

ramuan atau masa membru dan suhu untuk

memperoleh beberapa jenis bir. Enam langkah

pertama ialah: (1) membuat malt, (2) melecek,

(3) merebus, (4) penapaian, (5) pematangan,

(6) proses akhir.

UMUM 
MAPUTO

Maputo (pend. 1 006 756; pend. kaw. met.

1 551 457) ialah ibu negara dan bandar raya yang

terbesar di Mozambique.

UMUM 
TIMOTHY

Timothy ialah salah seorang daripada sahabat

Saint Paul . Dia berkemungkinan lahir di Lystra, di

Asia Kecil. Bapanya berbangsa Yunani dan ibunya

Yahudi (Acts 16:1, II Timothy 1:5). Dia dipercayai

memeluk agama Kristian apabila Paul bermusafir

untuk mengembangkan agama buat pertama kali

dan telah bercakap dengannya. Walau

bagaimanapun, Paul tidak pernah berbincang

tentang pertemuan pertama mereka dan Timothy

hanya dikenali sebagai pengikut apabila dia

bertemu Paul di Lystra (Acts 16:1–3). Timothy

mengikut Paul dalam perjalanannya yang kedua

dan dia dikenali sebagai sahabat dan teman

seperjalanan Paul yang dipercayai sehingga

kematiannya. Timothy kemudian mengambil alih

tempat Paul sebagai biskop Gereja Ephesus. Dia

dipercayai mati kerana agama lebih kurang pada

tahun 100 M.

UMUM 
SUNGAI NIL

Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia

mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur

laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan

Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean.

Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di

Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas