Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelengkap(complementer)Songsangan logik kepada isyarat atau bit. Misalnya, lengkapan bagi bit 1 ialah 0 dan lengkapan bagi bit 0 ialah 1.Kamus Komputer
ialah1. kata penghubung yg menerangkan kata atau ayat yg di depan; 2. kata penghubung yg mendahului ayat yg menyatakan sebab (terjadinya sesuatu dll): punca kemalangan itu ~ kecuaian; 3. kata yg menjadi pemerihal atau perangkai antara subjek dgn frasa utama bagi predikat sesuatu ayat: jumlah kematian yg disahkan ~ 22 orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
formula1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat.Kamus Dewan Edisi Keempat
integer/intéger/ ist nombor yg tidak mempunyai pecahan; nombor bulat: 0,1,2 ialah ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
integer/intéger/ ist nombor yg tidak mempunyai pecahan; nombor bulat: 0,1,2 ialah ~.Kamus Pelajar
rumus1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau me­ring­­kas­kan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) me­rumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu per­kara.Kamus Dewan Edisi Keempat
memusarkan1 menjadikan berpusar: Penggodak ialah alat kecil yg ~ larutan racun serangga. 2 menghancurkan sesuatu dgn menghimpitnya di antara tapak tangan yg digerakkan berputar-putar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berputing1. ada putingnya: beliung ialah sejenis mata pisau yg tajam lagi ~; 2. bp jadi puting, tinggal puting, tinggal pendek saja lagi: rokoknya dah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tawaduk IAr 1. merendahkan diri, tidak angkuh: antara sifat-sifatnya ialah sifat ~, tidak haloba kpd kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini; dgn khusyuk dan ~ dgn sungguh-sungguh (sebulat) hati; 2. patuh, setia, taat (dlm me-ngerjakan sesuatu): syahadan, ialah yg sangat ~nya akan Allah Subhanahuwataala.Kamus Dewan Edisi Keempat
tugas1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi mem­berikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas