Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[il.ham] | الهام

Definisi : Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau men­capai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[il.ham] | الهام

Definisi : 1 gerak hati utk melakukan sesuatu yg baik. 2 sesuatu yg menggerakkan hati utk melakukan sesuatu yg indah spt mencipta hasil seni dll: Banyak peristiwa yg menjadi ~ kpd penyair dan pengarang. mengilhami memberi ilham kpd; menggerakkan hati seseorang: Keindahan malam di Tanjung Bunga telah ~ aku utk menulis beberapa buah sajak. mengilhamkan memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilham (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan gerak hati, daya cipta, kekreatifan, imaginasi, pendorong, perangsang, pencetus, inspirasi, motivasi;,
Kata Terbitan : mengilhamkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ilham perlu dicari bukan dinantiIsmail RestuTunas Cipta1 May 2006
IlhamAbizaiDewan Sastera1 July 2001
Ilham Didaktis dalam Puisi Parsi BidilMuhammad Bukhari LubisDewan Sastera1 February 2001
Ilham dan Hari KiamatMat Noor Haji MatusinBAHANA1 June 2008
Ilham daripada jiwa [Wawancara penulis dengan Baharuddin Kahar]Zullkeply MohamadDewan Sastera1 November 2008
Ilham Datang Daripada Sakit [Lukisan kulit hadapan}Abd. Ghafar BahariDewan Sastera1 August 2008
Ilham dalam cerpen dan novel (Siri Dua)Faisal TehraniDewan Siswa1 May 2006
Ilham TertangguhAidil KhalidDewan Agama & Falsafah1 December 2006
Ilham yang terlahir dalam proses penciptaan sajakMasuri S. NDewan Sastera1 January 1998
IlhamAndromeda 17Remaja15 August 2002
123456

Kembali ke atas