Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[il.ham] | الهام

Definisi : Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau men­capai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[il.ham] | الهام

Definisi : 1 gerak hati utk melakukan sesuatu yg baik. 2 sesuatu yg menggerakkan hati utk melakukan sesuatu yg indah spt mencipta hasil seni dll: Banyak peristiwa yg menjadi ~ kpd penyair dan pengarang. mengilhami memberi ilham kpd; menggerakkan hati seseorang: Keindahan malam di Tanjung Bunga telah ~ aku utk menulis beberapa buah sajak. mengilhamkan memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilham (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan gerak hati, daya cipta, kekreatifan, imaginasi, pendorong, perangsang, pencetus, inspirasi, motivasi;,
Kata Terbitan : mengilhamkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ilham di pusara sepikuMohd. Zen HMRNew Sabah Times19.04.2009
Ilham Sarah Joan berputik sentiasa: papar kisah lucu dan menarik...-Berita Harian22.12.2007
Ilham SeniTie CamarBacaria02.05.2007
Ilham catatan zaman muda Syed Ahmad JamalSalina OsmanUtusan Melayu27.11.2006
Ilham hadir cara spontanSiti Hajariah Abdul AzizMetro Ahad (Sastera dan Budaya)12.05.2002
Ilham dari Sematan beri pengalaman kepda penyairKamaluddin LelaUtusan Zaman02.09.1984
'Ilham 93' di Galeri PetronasMuliyadi MahamoodUtusan Malaysia02.11.1993
Ilham Din juara deklamasi puisi peringkat kebangsaanTiadaUtusan Malaysia25.07.1994
Ilham mencetuskan proses kreativitiAinon MohdUtusan Malaysia29.09.1995
Ilham IPPP ditangguhTiadaBintang Timur10.03.1979
12345678910...

Kembali ke atas