Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jambak (kata nama)
1. Bersinonim dengan ikat: berkas, rangkai, kebat, jaras,

2. Dalam konteks bulu pada dahi kuda
bersinonim dengan gombak, kuncung, jambul,

Kata Terbitan : berjambak-jambak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
receptaclepenyangga; kerandut; bekas; pudung (bunga)BiologiTiada1. Organ yang digunakan sebagai repositori.,2. Pedunkel jambak bunga rasemos.,3. Titik atau tempat terbentuknya organ bunga bagi seleuntum bunga.,4. Talamus, torus, paksi bunga.,5. Hujung cabang talus yang telah berubah suai mengandung konseptakel pada alga atau soredium pada liken.,6. Piknidium,7. Sparofor,8. Ceper terminal lumut.
Acorus calamusJerangauPertanianTiadaTumbuhan ini dalam famili Acoraceae. Ia tidak berbatang dan mempunyai rizom. Daun tersusun pada satu satah, berbentuk panjang sehingga 1 m dan meruncing di hujung. Jambak bunga jenis spadiks berwarna hijau. Pokok herba jenis saka ditanam di kawasan lembap. Asap daripada rizom kering yang dibakar dihidu untuk merawat lelah. Rizom yang telah dilumatkan bersama halia dilumur pada badan untuk rawatan lepas bersalin. Air rebusan pokok diminum sebagai tonik lepas bersalin. Air rebusan akar diminum untuk merawat haid berlebihan, demam dan selsema, sakit perut, cirit-birit dan buang angin. Rizomnya mengandungi minyak pati dengan sebatian utama seperti fenilpropana, monoterpina dan sesquiterpinoid. Sebatian ß-asaron yang juga terdapat dalam tumbuhan ini dilaporkan bersifat karsinogenik yang boleh mengakibatkan barah.
floccusflokusMeteorologiMeteorologi PerhubunganSpesies awan yang setiap unsurnya merupakan jambak kecil awan-kemawan berbentuk kumulus atau bundar. Bahagian bawahnya agak bergerigi dan selalunya disertai virga. Spesies ini terdapat pada genus sirus, sirokumulus, altokumulus dan kadang-kala dalam stratokumulus. Flokus sirokumulus kadangkala berkembang akibat daripada kelesapan dasar sepunya kastelanus sirokumulus; dan dengan cara yang sama, flokus altokumulus mungkin berkembang daripada kastelanus altokumulus. Flokus sirus berbeza daripada flokus sirokumulus kerana unsurnya mencangkum sudut yang melebihi 1� apabila dicerap pada sudut yang melebihi 30� dari ufuk. Lihat pengelasan awan.
floccusflokusSainsHidrometeorologiSpesies awan yang di dalamnya setiap unsur awan merupakan jambak kecil yang berupa kemawan atau bundar. Bahagian bawah awan tersebut agak bergerigi dan selalunya disertai virga. Spesies ini terdapat dalam genus sirus, sirokumulus, altokumulus dan kadang kala dalam stratokumulus. Flokus sirokumulus kadang kala berkembang akibat daripada kelesapan dasar sepunya kastelanus sirokumulus; dan dengan cara yang sama, flokus alkokumulus mungkin berkembang daripada kastelanus altokumulus. Flokus sirus berbeza daripada flokus sirokumulus kerana unsurnya mencengkam sudut yang melebihi 1� apabila dicerap di sudut yang melebihi 30� atas dari ufuk.
Solanum feroxterung buluHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Solanaceae, dikenali juga sebagai terung asam. Tinggi pokok ini hanya mencapai 1 meter. Keseluruhan pokok berduri dan berbulu. Daunnya besar berbentuk bujur dan tepinya bercuping tiga segi. Warnanya hijau tetapi berbulu tebal dan berwarna kelabu. Permukaan bawah daun lebih pucat dan berduri di sepanjang urat daun. Bunganya putih pada jambak yang bertangkai pendek. Buahnya berwarna kuning, berbentuk bulat dan berbulu halus tetapi tebal. Biji digunakan untuk mengubati sakit gigi. Air rebusan akar dibuat mandian untuk mengubati demam dan dibuat campuran untuk mengubati luka dan gatal. Buahnya dibuat perasa asam dalam masakan.
Calotropis gigantearemiguHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek dalam famili Asclepiadaceae dan dikenali juga sebagai remiga, rembega dan lembiaga. Remigu tumbuh liar di tanah terbiar terutama di kawasan berpasir berhampiran pantai. Tingginya hanya 1 meter hingga 3 meter. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan bergetah putih. Daunnya besar dan tebal berwarna hijau kekelabuan. Permukaan bawah daun berdebu kelabu. Bentuk daun bujur panjang dan urat daunnya keputih-putihan. Bunganya berwarna ungu pucat tetapi terdapat juga warna putih kehijau-kehijauan dan tersusun pada jambak jenis umbel. Buah yang muda berwarna hijau dan menggelembung kerana mengandungi angin. Daunnya boleh dibuat ubat sapu untuk luka, bisul dan bengkak kulit. Daun yang telah dipanggang disedut asapnya untuk mengubati ulser hidung. Getah daun dititikkan pada lubang gigi yang sakit. Getah daun juga boleh mengubati mata dan telinga. Getah ini dipercayai boleh membunuh kuman.

Kembali ke atas