Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = sejati asli, murni, tulen, tidak berĀ­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; kejatian, kesejatian perihal jati (asli, benar, murni, dll): bahasa ini diperbahasakan orang dgn ~nya yg sempurna dlm negeri Kedah; Carl Rogers mentafsirkan ~ sbg ciri-ciri yg mengandungi kenyataan jujur atauĀ­pun asli; penjatian perihal menganggap jati (asli, benar, murni, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = sejati sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~. kejatian, = kesejatian keadaan, sifat dsb jati atau sejati; ketulenan; keaslian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jati (adjektif)
Bersinonim dengan sejati, asli, murni, tulen, yang sebenarnya, betul, bukan peranakan, totok, kudrati;,
Kata Terbitan : kejatian,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(82)

Pantun

PantunSumberTema
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Batang jati bertimbal jalan, Rapat tumbuhnya kanan dan kiri; Abang seperti cahaya bulan, Dapat menjadi suluh negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Teluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu jati pelampung pukat, Buluh perindu tiada berdahan; Buah hati marilah dekat, Hatiku rindu tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu jati melampung pukat, Sayang belunuk tidak berdahan; Buah hati ke mari dekat, Dendam rindu tidak tertahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu jati di tepi huma, Lilit akar ribu-ribu; Kalau hati inginkan bunga, Cari akal dengan tipu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Eksport kayu jati, Boleh buat titi, Langsung bawa mati, Sendiri tuan rugi.Pantun Melayu SarawakBudaya
Titi-titi jati, Surung-surung papan; Hati jadi mati, Kerana ikut syaitan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Bukit Cina berkayu jati, Betung ditembak menimpa atap; Sakit merana merayu hati, Burung terbang tak mahu hinggap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas