Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : susah payah dlm melakukan se­suatu usaha: tamat sudah segala penat lelah dan ~ belajar hingga larut dinihari; berjerih perih berusaha dgn jerih perih, berusaha bersungguh-sungguh: setiap orang harus berusaha dan ~ bagi mengejar im­piannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : susah payah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pelbagai kesulitan dan kesukaran yg dialami dlm melakukan sesuatu: Semua ~ yg dilaluinya terasa berbalas dgn kejayaan anak sulungnya. berjerih perih berusaha dgn susah payah: Mereka sanggup ~ demi mengejar impian mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jerih
Rujuk :penat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kata ganda berima bagi jerihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135  atau  buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP.Istilah21.02.2009

Kembali ke atas