Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kain bulu biri-biriwool fabricKain yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Contohnya, topi dan selendang. Lihat RajahSekolah Rendah
rod politenapolythene rodBahan plastik yang boleh digunakan untuk menghasilkan cas negatif apabila digosok dengan kain bulu.Menengah Rendah
kapascottonBahan lembut dan berwarna putih yang meliputi biji pokok kapas. Kapas biasanya digunakan untuk membuat kain. Lihat RajahSekolah Rendah
teksturtextureRasa, keadaan atau sifat sesuatu permukaan atau bahan yang membentuk jalinan atau susunan bahagian sesuatu objek. Contohnya, jalinan serat pada kain dan susunan butir-butir halus tanah.Sekolah Rendah

Kembali ke atas