Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN LEBAR

Kain lebar ialah kain kapas atau kain bulu bebiri

lembut yang digunakan untuk membuat kot, sut,

kemeja dan gaun.

UMUM 
MUSLIN

Muslin ialah kain putih atau kain tak luntur yang

ditenun rapat-rapat dibuat daripada yarn kapas

berkord. Ia dinamakan sempena nama bandar

Mosul di Iraq, tempat kain ini mula-mula dibuat.

Orang British menamakan fakrik kapas halus

sebagai muslin. Di Amerika Syarikat, muslin

bermakna kain kukuh untuk kegunaan harian. Kain

muslin yang lebar dinamakan sebagai kain cadar.

UMUM 
KAIN MINYAK

Kain minyak ialah kain berat, kalis air yang

digunakan untuk menutup meja dan dinding yang

mesti kerap dicuci.

UMUM 
KAIN MASTULI

KAIN MASTULI, kain tenunan Melayu yang kasar dan kuat. Penenun Kelantan menyebut kain mastuli sebagai kain karat kuping atau kain karat pat, kain buntut siput dan kain mastuli jala. Bagaimanapun di Terengganu, Pahang dan Johor, kain ini memang disebut sebagai kain mastuli.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN KASA

KAIN KASA, kain putih nipis dan jarang-jarang tenunannya. Kain ini dikenali juga sebagai kain benang ‘sering’, kain serasah atau kain khasah. Kain ‘rubia’ yang lebih rapat jalinan benangnya alau lebih lembut disebut sebagai ‘kain perai’.

BUDAYAKraf Tangan
TEKSTIL

Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang

ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan

Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak

kain masih diperbuat daripada tenunan yang

menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua

jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil.

Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain

brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap

serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan

kain sebagai tekstil.

UMUM 
KAPAN TURIN

Kapan turin ialah kain linen yang ramai orang

percaya ialah kain kapan Jesus Christ. Kain ini

berukuran 434 x 109 sentimeter.

UMUM 
KAIN LEPAS

KAIN LEPAS, kain yang seakan-akan kain sarung tetapi tidak dicantum kedua-dua hujungnya. Selalunya, kain lepas disebut sebagai ‘kain batik lepas’. Kain ini menjadi pakaian rasmi wanita di Indonesia.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN SAYAP PEKAKAKAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja.BUDAYAKraf Tangan
KAIN METAI

Kain metai ialah sejenis kain yang tidak mudah

koyak yang digunakan terutamanya sebagai sarung

tilam dan bantal.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas