Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sotai[s.tAj]kata adjektifberkenaan kain yang koyak rabak.Kaen ni sotai dimakan dek nanai.[kAen ni s.tAj di.mA.kAn de/ nA.nAj]Kain ini koyak rabak dimakan oleh anai-anai.
kobeh[k.bEh]kata namasejenis pengubatan tradisi menggunakan kain dengan cara mengibaskan kain hitam kepada pesakit.Lopeh tigo kali kobeh, budak tu pon somboh.[l.pEh ti.g kA.li k.bEh bu.dA/ tu pun tu pon sm.bh]Lepas tiga kali berubat secara perubatan tradisional, budak itu pun sembuh.
somolet[s.m.let]kata namabekas untuk menyimpan wang daripada kain yang diikat di pinggang.Somolet dibuek dari kaen, nak simpan duet ikek kek pinggang.[s.m.let di.bu.wE/ dA.Äi kAEn nA/ sim.pAn du.wEt i.kE/ kE/ piN.gAN]Somolet dibuat dari kain, hendak simpan duit, diikat di pinggang.
piuh[pi.juh]kata kerjamemerah kain.Kaen tu dah lapok, bilo basuh jangan piuh kuek-kuek, kang kok kuyak.[kAEn tu dAh lA.po/ bi.l bA.soh dZA.NAn pi.juh ku.wE/.ku.wE/ kAN k/ ku.jA/]Kain itu sudah lapuk, bila dicuci jangan perah kuat-kuat, nanti koyak.
dikesai[di.kE.sAj]kata kerjadisepah-sepah, dikirai, kena sepah.Kaen yang dah dilipat tu dah dikesai dek anake.[kAEn jAN dAh di.li.pAt tu dAh di.kE.sAj dE/ A.nA/.E]Kain yang sudah dilipat itu, sudah dikirai oleh anaknya.
poloh[p.lh]kata kerjamenyumbatkan sesuatu seperti baju dan lain-lain.Dipolohe kaen baju tu banyak-banyak, sampai pocah zipe.[di.p.lh.E kAEn bA.dZu tu sAm.pAj p.tSAh zip.E]Disumbatnya kain baju itu sampai pecah zipnya.
cocap[tS.tSAp]kata kerjalap, sapu.Cocap ae kek lantai tu dongan kaen basah.[tS.tSAp AE kE/ lAn.tAj tu d.NAn kAEn bA.sAh]Lap air di lantai itu dengan kain basah.
molense[m.lEn.sE]kata adjektifberkenaan pakaian yang terlalu labuh.Topi kaen tu koto sobab dibiaan molense kek tanah.[t.pi kAEn tu ko.to s.bAb di.bi.jA.An m.lEn.sE kE/ tA.nAh]Tepi kain itu kotor kerana dibiarkan kena tanah.
kolebeh[k.lE.bEh]kata adjektifberkenaan kain, pakaian yang terlebih daripada ukuran asal; tokolebeh.Aleh mejo tu, kolebeh siket sobolah kanan.[A.lEh mE.dZ tu k.lE.bEh si.ket s.b.lAh kA.nAn]Alas meja itu terlebih sedikit sebelah kanan.
tokolebeh[t.k.lE.bEh]kata adjektifberkenaan kain, pakaian yang terlebih daripada ukuran asal; kolebeh.Aleh mejo tu, tokolebeh siket sobolah kanan.[A.lEh mE.dZ tu t.k.lE.bEh si.ket s.b.lAh kA.nAn]Alas meja itu terlebih sedikit sebelah kanan.
12

Kembali ke atas