Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
pembentukan asap. Rawatan ini boleh dilakukan se - cara pembalutan atau menggunakan tekanan untuk menghasilkan kesan yang lebih baik. (HUT) fire swatter (alat penepis api) Alat pemadam api yang diperbuat daripada kain dan pemegangnya daripada kayu. Alat ini digunakan sebagai pemukul api bagi memadamkan kebakaran kecil seperti rumput dan sampah sarap. (HUT) fire test (ujian api) Ujian piawaian yang digunakan bagi menentukan dengan batu-batan, lepaan dan sebagainya. (KEJ) haloalkane (haloalkana) Lihat alkyl halide. (KIM) handkerchief test (ujian sapu tangan) Ujian yang dilakukan bagi menentukan kecekapan sesebuah pemisah dengan cara meletakkan sehelai kain putih pada arus aliran gas yang keluar dari pe- misah berkenaan. Sekiranya dalam masa 60 saat tidak terbentuk kotoran ber- warna coklat pada kain tersebut, aliran gas yang dikeluarkan dianggap

Kembali ke atas