Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kepala kainkepala kainKesenianTiadaBahagian kain yang mempunyai corak yang berlainan daripada badan kain atau tubuh kain dan biasanya bercorak menegak.
kaki kainkaki kainKesenianTiadaBahagian kain selepas tepi kain.
badan kainbadan kainKesenianTiadaBahagian terbesar kain tenun, terutama kain songket, yang mengandung corak utama.
tubuh kaintubuh kainKesenianTiada1. Bahagian terbesar kain tenun, terutama kain songket, yang mengandungi corak utama.
pocket staypengukuh kocekKesenianTiadaKocek tampal yang bahagian bucunya dikukuhkan dengan jahit segi tiga, jahit siku-sika, jahit kia, jahit ulat, jahit sembat atau menggunakan secebis kain/kain lapis pada bahagian dalam pakaian.
head clothkain tudung kepala; serban; tengkolokPentadbiran PerniagaanTiada1. Kain tudung kepala: Kain yang dipakai untuk menutupi dan melindungi kepala seperti selendang.,2. Serban: Kain yang diikat di kepala seperti yang dipakai oleh jemaah haji.,3. Tengkolok: Sejenis kain penutup kepala.
sharkskin (material)sharkskin (kain)Pentadbiran PerniagaanTiadaKain daripada kain kapas, bulu, rayon dan sebagainya dengan permukaan lembut dan licin, digunakan untuk sut dan lain-lain.
kain pelanelkain pelanelKerisTiadaKain lembut yang digunakan untuk membungkus mata keris.
crease materialkain ronyok/kain renyukPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tepi kaintepi kainKesenianTiadaBahagian sisi kiri dan kanan kain yang ditenun.
12345678910...

Kembali ke atas