Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya bercadang untuk membuat kain rentang untuk kedai yang saya akan buka tidak lama lagi. Tetapi, saya perlu pengesahan dari pihak DBP terhadap 'design' kain rentang tersebut sebelum ia boleh dicetak. Diharap pihak DBP dapat memberi maklum balas pengesahan terhadap penggunaan bahasa pada kain rentang tersebut. Gambar 'design' kain rentang ada pada fail yang saya lampirkan besama dengan soalan ini. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain02.10.2017
Pihak kami ingin menyemak ejaan / perkataan bagi tujuan pengiklanan di kain rentang serta ingin mendapat surat kelulusan dari pihak DBP untuk kami sertakan sekali dengan permohonan permit kain rentang. Disertakan adalah kain rentang yang kami reka.Penggunaan bahasa dalam iklan ini adalah betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain09.11.2016
Saya adalah seorang eksekutif jualan Telekom Malaysia (TM). Saya bercadang memasang kain rentang (Banner) dalam bahasa Inggeris. Soalan saya, Perlukah kain rentang saya ini mendapat kelulusan DBP terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Mohon komen segera kerana banner ini perlu dipasang pada 20/3/2014. Terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak boleh mengesahkan kain rentang dalam bahasa Inggeris. Sila terjemah dahulu kepada bahasa Melayu dan hantar kepada DBP untuk pengesahan. Sila hantar melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, sila daftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain18.03.2014
Saya ingin memohon lesen kain rentang sementara dengan DBKL dan perlu mendapat pengesahan daripada DBP untuk semakan penggunaan bahada di dalam kain rentang tersebut. Segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.

1.    Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

2.    Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun.

3.    Log masuk setelah akaun diaktifkan.

4.    Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

5.    Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

6.    Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

7.    Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.

Lain-lain14.09.2021
Mereka memasang akan kain rentang di kiri dan di kanan bahu jalan. Adakah ayat ini gramatis?Ayat yang gramatis:  Mereka memasang kain rentang di kiri dan kanan bahu jalan.Tatabahasa28.10.2018
Saya ingin memohon lesen iklan (kain rentang/gegantung) di Majlis Perbandaran Sepang. Pihak Majlis mahu surat sokongan dari pihak DBP yang menyatakan ayat di kain rentang/gegantung tersebut mengikut piawaian dari DBP saya harap pihak tuan dapat membantu saya. (surat melalui email juga diterima)Untuk makluman tuan, DBP tidak mengeluarkan surat sokongan untuk pemasangan iklan. DBP menyediakan portal khas untuk semakan dan pengesahan penggunaan bahasa dalam iklan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (boleh diakses melalui carian di Google).Lain-lain09.12.2015
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih.Sila ke domain "Khidmat  Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan.Lain-lain21.06.2013
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih.Sila ke domain "Khidmat  Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan.Lain-lain21.06.2013
Adakah ayat berikut betul? 1. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang yang tertulis " Majlis Anugerah Kecemerlangan " pada dinding pentas.Ayat ini salah, yang betul ialah 1. Dua orang murid lelaki menggantungkan kain rentang yang tertulis "Majlis Anugerah Kecemerlangan" di dinding pentas.Tatabahasa13.08.2014
Apakah proses yang perlu dilakukan untuk menyemak bahasa pada kain rentang yang ingin digantung di tempat awam?

Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan kain rentang anda.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Proses pengesahan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara kedua, pihak tuan/puan boleh datang terus ke kaunter DBP Sah Bahasa di Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur dengan membawa dua keping visual iklan (papan premis, kain rentang, gegantung dan sebagainya). Proses penyemakan dan pengesahan akan dilakukan dengan segera di kaunter.

Lain-lain25.07.2019
12345678910

Kembali ke atas